July 30, 2013

rindunyaaaaa

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Fuyo dah lama giler tak menulis deekat blog ni..
Entah kenapa, mimpi apa tetiba malam ni jari jemari ini rajin menekan papan kekunci.
Sebenarnya..
.ada sesuatu yang ingin diceritakan. Nanti ada masa aku nak renovate blog ni bagi cantik sikit biar sedap
mata memandang, nampak matang sejajar dengan umurku yang kian dewasa. Cehh.

Sem ini aku rasa banyak dugaannya walaupun semester pendek sebabnya aku
tak berapa minat dengan pelajaran yang aku ambik sekarang ni. Well, saya noob orangnya. 
Tak mahir dalam bab menggunakan software...
 
Sekarang mood malas dah switch on walaupun ada assignment menanti.
Ni lah assignment nya..banyak benda lagi tak siap. Aku fed up betul buat benda ni.
Dengan menatap laptop berjam-jam lamanya, berpinar mata den tau..
 
 
Sekarang dah masuk malam ke 22 ramadhan, lagi 8 hari je nak puasa. Sedihnyehhh pantas sungguh masa berlalu. 
Oh by the way, yang aku dok cakap rindunya dekat title blog ni adalah sebab aku rindu dekat bebudak tadika yang aku ajar dulu.
Lepas tengok video matluthfi beberapa hari yang lalu, membuak-buak rasa rindu ni dekat mereka.
Terbayang kecomelan,kenakalan dengan perangai yang gila-gila macam apa.
Memang betul la budak-budak kecik ni terlampau jujur dan sangat lah innocent.
Semangatnya melebihi orang dewasa dan perasaan ingin tahu mereka lagi dahsyat dari kita.

Paling ingat sekali dekat budak laki yang kuat nangis, namanya Luqman atau lebih mesra dikenali sebagai abe.
Kecek klate dengan aku, memang lah aku tak paham sesetangah perkataan yang dia cakap.
Aku rasa pernah kot aku cerita kat dalam blog ni kejadian aku dengan dia.
Memang lawak dan rasa kelakar bila imbas balik kejadian tu.

Dan ada muka macam shahir, comel gila sampai rasa macam nak kahwin dengan dia.
Gila betul.
Tapi tak mungkin, aku masih waras lagi dan masih berpijak di bumi nyata..
Yang diam membisu pun ada jugak,biasalah tu macam-macam ragam.
Tapi kebanyakannya adalah yang nakal-nakal perangainya.
Yang banyak cakap lagilah, sampai penat kepala den nak melayan keletah diaorang tu.
Mesti ada je benda nak cerita sampai tak larat nak dengar...Even benda kecik pun bukan main semangat cerita dekat aku.

InsyaAllah kalau ada jodoh, panjang umur ketemu lagi dengan mereka.
Sekarang dah nak hampir pukul 11 malam. Dah niat puasa?
Sebelum saya mengundur diri, salam ramadhan buat semua.
10 malam terakhir ni...buatlah apa yang patut ye kawan-kawan.
Jangan lepaskan peluang keemasan sementara nyawa masih ada..
hihi, tata..


 
 

January 9, 2012

New....

assalamualaikum..
terima kasih Tuhan kerana masih diberi peluang untuk melihat dunia ini..
alhamdulillah ! alhamdulillah !
cuti dah nak habis,esok adalah permulaan sem baru so semangat pun kena baru !




TAPI....





hahaha nak jugak tangan tu.


semalam try technical pen tapi apasal tak keluar dakwat ehh?
dah la mata tajam macam jarum,tercarik kertas tu aku tulis..
(aku ganas atau pen tu tajam ? hemm.... )
kalau pen tu rosak,mati pengsan lah aku..
sebatang harga dah berpuluh ringgit,dah la 4 batang tak kuar aissshhh!


haa cantik tak aku lukis ???
fuhhh tak tido siang malam siapkan drawing ni(ahakss)




tipu je.
(bajet pandai melukis dan mewarna)

tu lukisan Allah.

sem 3 dah nak datang,so kena biasakan diri untuk tidur lewat malam atau 
tak tidur mungkin ?
ohh ya sem akan datang ni aku akan ambik 3 subjek...subjek apa?
ohh rahsia..
kalau aku update blog,korang akan dapat hint jugak.
aku tak suka kalau orang tau aku study kat mana,course apa..(kalau org tak dikenali)
semua tu biarlah rahsia okay haha sebab aku tak suka hidup yang penuh glamorous gitew.


okay dah la.
makin lama aku tulis,makin mengarut ..
peace yaww.
asar dah masuk.


selamat datang sem baru...

cinta baru ? oh tidak..
family first okeh.

December 9, 2011

the bicycle...

seronoknya bila cuti walaupun sekejap tak macam bebudak sekolah
#cutibukanmainlamagile#
at least waktu petang boleh jugak cuci mata tengok keindahan alam milik Allah
sambil main basikal keliling rumah..
haha keliling rumah je bukan keliling kampung

aku pernah terfikir nanti masuk main campus,nak bawak basikal..
tak nak bawak kereta sebab nak jimat duit minyak dan juga
nak selamatkan alam sekitar dari pencemaran..(ini seriusss)
kalau jalan kaki confirm termengah-mengah kannn..
so basikal is the best choice.
but the problem is ade ke orang nak bawak basikal macam aku ni...
aku malu jikalau aku satu-satunya pelajar yang membawa basikal ke kelas
lebih-lebih lagi basikal macam bawah ni...
.
.
.
.
.



*cool tak bro kalau aku bawak basikal macam ni?*

serius aku memang dah lama mengidamkan basikal macam tu..
sebab utama warna hijau,sedap mata memandang..
sebab kedua ada bakul,boleh letak barang..
sebab ketiga comel,itu yang aku suka.
tapi....
yang gantung-gantung dekat handle tu aku tak berapa minat la.
(macam serabut je)

oleh itu sebagai seorang wanita,aku haruslah menampakkan ciri-ciri feminin.
so,dengan basikal ITU mungkin nampak lebih feminin kot ^_^
dan serius aku suka giler basikal macam tu,aku nak basikal macam tu!
aku nak!!!!!!!!!
dah lama aku teringin basikal yang ada bakul macam tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hemmm,basikal kat rumah ni dah tak boleh nak pakai.
hari-hari naik basikal keliling rumah sambil feeling2 macam Azizulhasni Awang kononnya :P
(in fantasy)

 tapi ,masalahnya aku keliling rumah naik basikal PANCIT !
sebab tu malu nak keliling kampung.
kang aku jenjalan naik basikal tu keluar rumah,buat malu orang jekk..
dah lah basikal tu dah buruk.....
(shhhh...orang keliling rumah aku tak baca blog aku ni.
so sape-sape yang baca ni senyap-senyap je la ekkk)




(in reality)
basikal ini berkata : "comel tak saya?hekhekhek"


okey lah..penat dah tangan menaip.
sebelum saya mengundurkan diri,maafkan kekhilafan saya selama ni :)
akhir kata,jaga diri ! (comel tak pantun 3 kerat ni?haha)
 
p/s : kredit dah takde..ade sape2 baik hati nak tolong topup kan???huahua gurau.

TeNgoK LAhh..bEshXXx

Loading...