April 25, 2011

Yahooooooooooo !!!!!!!!!!!! google,safari,firefox !

salam semua !




beli CD Hikayat Merong Mahawangsa lagi berbaloi dari tengok kat wayang..
boleh ulang tayang berjuta-juta kali.
harga pon 8 hengget je,tapi asli ataupon cetak rompak tak tau lah.
orang kedai kata yang ni CD ori punya..
erkkk yang atas tu bukan movie HMM ye.
yang tu majalah SOLUSI tau hahah.
itu isu terbaru punya,lu jangan main-main sama wa..
wa beli itu majalah di kedai CINA woooo.
lu tak percaya sama wa?
haha bak kata Dato' Siti,percayalah !


selain tu komik Zint pon telah berjaya dibedal iaitu Rapsodi 18..
konon nak berjimat cermat..huahuahua~
dan sekarang ni ade novel terbaru ramlee awang murshid tp
nasib baik tak TERbeli lagi...fuhhh selamat duit aku.
so konklusinya,
dunia dicipta untuk manusia,manusia dicipta untuk akhirat !
aku tak tau ape kaitannya dengan entri ni..

tapi sebagai mutiara kata untuk kita dalami yep tuan-tuan dan puan-puan:)

April 24, 2011

i met Maher Zain LIVE~

assalamualaikum..

ye aku jumpa Maher Zain live kat Ampang semalam..
semua orang sibuk nak mintak t.tangan tp aku tak berkesempatan pon:(

sebab petang semalam aku belajar buat muffin dekat kolej komuniti,
hoho first time belajar buat muffin tau hahah.
aku pergi naek bas so balik pon mesti naek bas jugak kan..
(eh?tu pon nak kena cakap gak ke?)haha
then waktu on the way nak balik..


TIBA-TIBA


aku jumpa Amer Munawer Yusoff !serius tak tipu..
ala..amer munawer takkan tak kenal kot?
haa,sejurus selepas tu jumpa Maher Zain pulakk !(wahh rezeki..)


 
seriussssssss woooooooo.

aku jumpa diaorang~






DALAM TV LAH (,")
hahaha.

nak jumpa live tak mungkin kot..
yang atas tu gambar Maher Zain waktu dia buat konsert dekat Holland.
jehan pernah la jumpa Maher Zain secara live kat Shah Alam.
tak caya tengok blog dia..huuu JEALOUS betol aku~
dia pon baru lepas gi korea bulan tiga hari tu,lagi bertambah JEALOUS ohh.


takpe nanti ade rezeki aku jumpa la maher zain..
hahah.
dan sekarang ni orang demam Justin Bieber dengan movie
Never Say Never plus Justin Bieber live kat KL.


eeeeeeeewwwwwwwwwww!(terasa macam gedik pulak)

saya tak SUKA justin bieber okay~

 
aku tak boleh tulis dalam BI,nanti fans dia kat US kecam aku kang
bila baca blog aku ni..
huh tak pasal-pasal nanti aku kena =='

so,i LIKE maher zain~



hoho,okay see you next entry :P

April 22, 2011

hidup tak selalunya indah..... :'(

assalamualaikum..
seberat mana pun dugaan yang kita tempuhi,hadapilah ia dengan senyuman:)
sejauh mana pun kita pergi,kepadaNya juga kita akan kembali..
betul tak?
hemm..tak payah la nak berdolak dalih lagi...

tenangnye.
damainya.
syoknya.
haaa aku mengaku yang aku ni jarang dengar bacaan ayat suci al-quran tapi
bila dah dengar guna headset rase syahdu je,tenang yang teramat sangat..
ini seriusssssssss.
lagi-lagi kalau reciter Saad Al Ghamdi.

dan kat sini aku nak kongsi terjemahan satu surah yang aku rasa sangat istimewa
iaitu surah Al-Waqiah..


dan ini merupakan sebab kenapa aku kata surah Al-Waqiah adalah istimewa~
Surah al Waqiah(56) Prophet Muhammad said,"Whoever recites Surah al Waqiah at night would never encounter poverty".



Bismillahirrahmanirrahim.

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١) لَيۡسَ لِوَقۡعَتِہَا كَاذِبَةٌ (٢) خَافِضَةٌ۬ رَّافِعَةٌ (٣) إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّ۬ا (٤) وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّ۬ا (٥) فَكَانَتۡ هَبَآءً۬ مُّنۢبَثًّ۬ا (٦) وَكُنتُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا ثَلَـٰثَةً۬ (٧) فَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ (٨) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (٩) وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ (١٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ (١١) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (١٢) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٣) وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (١٤) عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّوۡضُونَةٍ۬ (١٥)

Apabila berlaku hari kiamat itu,(1)Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
(2)Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar),(3)dan meninggikan (golongan yang taat).(4)(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.(5)Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,(6)Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,(7)Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);(8)Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?(9)Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?(10)
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);(11)Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),(12)
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.(13)
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.(14)
diulang sekali lagi mereka yang menetap di dalam syurga yang penuh nikmat itu
adalah
sekumpulan BESAR dari umat terdahulu dan
sebilangan kecil dari umat terkemudian..
wuwuwu sedih pulak bila baca,adakah aku akan tergolong dalam golongan yang
menjadi penghuni syurga?bukan aku tapi kita semua..
layakkah kita menjadi penghuni syurga yang penuh nikmat itu?
sobs..sobs..sobs :'(
aku tau aku ni bukannya baik sangat pon..entri je nampak baik
p/s : aku rasa macam tajuk takde kaitan dengan entri....
jom kita mengeksplorasi !