March 15, 2011

welcome back to Pulau Mutiara~

hai assalamualaikum :)))))
pagi tadi aku baru balik dari Langkawi..sangat penat tapi seronok.
this is my third trip there dan lepas ni kalau ade lawatan pergi langkawi lagi,
tak tau nak kata pe dahhh.
lebih baik duk sana lagi bagos aku rasa haha.
tapi kalau taun lepas aku pi sana naik keretapi,
kali ni aku naik bas pulok :).
wohoho,best jugak naik bas lagi-lagi time hujan memang syokk le.


memandangkan Langkawi ni terletak di negeri Kedah dan perlu melalui Kuala Perlis,
jadi kitaorang mengambil masa selama 12 jam untuk sampai kat sane.
macam biase la kalau naik train pon camtu jugak tapi specialnye
ade effect terlebih macam harry potter sikit lah kononnye huhu.
tapi naik bas pon seronok sama macam naik train :)

okay.
bila entry tentang aku punya trip,memang banyak la gambar aku letak.
kawan aku kata kalau boleh nak buat entry berepisod hahah..

cantik benor sawah padi kat kedah ni..hijau je,sedap mata memandang.
bila pandang sawah padi teringat cerita nur kasihh..

tetiba mood pinky;)
ni nak cite,tempat yang wajib pergi kat langkawi ni ialah Pekan Kuah sebab :
  • terutama untuk golongan ibu-ibu,memang tak sah kalau tak memborong pinggan,mangkuk,cookware, gelas,tea set,dinner set dekat Haji Ismail Group(segala jenama Vantage,Corelle,Luminarc memang patot dibeli..)
  • haa,yang ni budak-budak suka sangat bila sebut je coklat,emm yummy2..(coklat Daim,Hershey's,Toblerone,Cadbury dan macam2 lagi coklat dari Belgium pon ade juge)
ni dekat Cable Car Station..rasa tak macam duk kat malaysia

mak aihh..ramainya orang beratur ! aduhai...

tapi setelah menunggu dengan setia,dapat jugak masuk dalam..
lama betul menunggu,dah beruban janggut aku agaknya kat situ.
aku rasa dah banyak perubahan kat langkawi dari umur aku 12 tahun waktu
mula-mula pergi sampai lah sekarang.

maha suci Allah,cantiknye pemandangan laut tuu~
ditambah lagi kehijauan hutan tropika yang segar dan mendamaikan.

macam comel bila tengok kereta kabel tergantung sambil bergerak :)

bila dah sampai kat puncak,memang best sangat.
walaupun cuaca panas tapi angin sejuk bertiup sepoi-sepoi bahasa
menambahkan lagi suasana seperti berada di kota London :P
dan kalau nak tengok pemandangan yang cantik memukau,memang
wajib bergambar dekat Hanging Bridge tapi waktu macam ni pulak
 handphone aku dah habis bateri :(
ohh yaa masih segar dalam ingatan keadaan di Underwater World,
cantik.

menarik.

tertarik.

serius memang tertarik tengok ubur-ubur tu bergerak~
subhanallah cantiknya binatang ni.


okay,nak balik dahh..papai langkawi,ade masa aku datang lagi.
sebenarnya banyak lagi tempat yang aku pergi tapi tak sempat nak snap..

kepada sesiapa yang nak pergi bercuti atau berbulan madu kat Langkawi,
ni ade harga masuk yang aku rasa sesuai kot untuk anggarkan kos kewangan kat sana.
cable car : RM 15 for adult, RM 5 for child
underwater world : RM 25/28 for adult, RM 15/18 for child (not sure which one)
Kota Mahsuri : maybe RM 5 for adult,surely RM 2.50 for child
Go Kart : RM 35 for 10 minutes
Geopark : not sure
(the price is for malaysian only)

menikmati keindahan Pulau Langkawi sebelum pulang ke Kuala Perlis~


okay,see you next entry:)

March 10, 2011

D~U~I~T dah masyukkk !

saya mahu WANG BESAR ! saya mahu WANG BESAR !
wang besar,wang besar,wang besar..
saya mahu yang besarrrr puNYAAAAAAAAA~
yang kecik-kecik tak main la.


wahahah,cam tak betol je*
dah sah ! aku ni memang mata duitan $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
(duit,duit,duit)
eh tidak ! bukan ! mana ada ??!!
orang yang masuk Roda Impian yang mata duitan,aku ulang ayat dia je (,")
ohoho,tadi aku dah berjaya menjual beberapa helai tshirt best-best dengan harga
yang amat berpatutan iaitu RM 30 dan RM 40 sajo! memang berbaloi-baloi~
aku jual tshirt muslimah labuh yang sememangnya menepati hukum syarak..ehehe.

tapi kalau cakap pasal tshirt labuh mesti korang akan pandang remeh je kan,
selalu kalau dulu tshirt labuh mesti ade gambar bunga-bunga kat tepi tu..
aku akui memang tak berapa minat sangat jenis yang cenggitu :P

sekarang tshirt labuh dah ade kemajuan sikit sebab dengan
tshirt labuh pon kita boleh gayakan dengan cardigan or belt.
tapi sekarang ramai dah pakai blouse dengan inner..


and the queen of drama goes to......
si pinky raby :)

aku pon tengah menjual kerongsang sekarang ni,
semuanya cantik-cantik belako,harga pon murah..confirm !
kalau korang nak beli atau tempah,jangan lupa contact aku hehehe :))))
dan sekarang ni dapat le income tambahan sikit-sikit,boleh shopping.
alhamdulillah masyukkkkkk.
yang penting rezeki tu datang dari ALLAH dan dari sumber yang halal.
oke,oke aku malas nak taip banyok-banyok.

see you next entry.salam.

March 5, 2011

aku sayang dia~

hello.hello.hello
assalamualaikum kengkawan :)
dah lama kan aku tak update blog ?
yes,i know that.
memang malas nak update blog dan takde idea nak taip ape.
tajuk entry aku kali ini aku sayang dia~
kalau nak tau lebih lanjut,bacalah sampai habis donggg :)
eh?eh?ada orang buat muka comel lahh.
aku perasan sekarang ni dah ramai orang buat blog.
jadi bertambah le blogger2 dalam alam fantasi ni.
kalau kat dalam sahabat blogger memang dah ramai yg join.

actually aku punya blog ni dah lama buat waktu aku form 4 lagi,
tapi aku tak pernah nak cara pasal blog aku ni..

bagi aku waktu tu,
"buang masa je buat blog,tumpu SPM lagi bagussSSS!"
kikiki,
itu waktu dulu ketika aku hidup berasrama dan masih sekolah,
tapi sekarang bila dah duduk rumah,blog adalah tempat aku mencurahkan
masa terluang aku yang tak berapa sibuk ni..

waktu ni lah aku dah menghargai blog aku yang telah wujud sekian lama.
rasa macam dah makin SAYANG kat blog aku yang kiut miut ni :DD
sebab blog ni adalah satu-satunya blog yg aku ada.
dan aku pon sayang jugak kat barang2 berharga aku,hukhuk.

agak-agak hand mirror ni dari mana ??
ZackZukhairi yg belikan ni,ngehngeh :P

yang ni olimpik beijing tahun 2008..
ini lah batu jed paling best kat dunia haha.

tapi dia tak keseorangan,
dia ada partner macam kita-kita jugak,comel kan ? :))

kalau korang nak tau di sebalik pengeposan entry ni,
sebenornye aku takdok kerja waktu nihh,punya la rajin
nak edit gambar pastu memikirkan aku tak update lagi blog kesayangan aku ni.
so,aku pon letak lah gambar-gambar ni..
aku tau korang sudi layan gambar yang mengarot ni huahuahh.
bak kata pepatah,

"terimalah daku seadanya......."

sesungguhnya aku sayang dia~
iaitu blog aku.

p/s : post ini hanya lah sekadar untuk mengupdate blog aku yang dah berhabuk-habuk lamanya.

oke,see you next entry:)