January 24, 2011

aku dapat pergi UK !! ;'D

finally aku dapat bercuti ke London,United Kingdom sponsored by MAS Airlines!
Alhamdulillah syukur tidak terhingga~ :'D
naik MAS Airlines dengan first class oke  bukan naik Air Asia or Fire Fly ye..

kata orang jauh berjalan luas pemandangan.
dan semua pengalaman yang aku dapat akan ku guna sebaik mungkin ;')


suasana di ibu kota London..bas 'double decker' warna merah sudah menjadi simbolik bagi UK.
kalau korang nak tau kan suhu waktu pertama kali aku menjejakkan kaki di London ni ialah 2°C !
wauuu..memang sejuk giler wehh.
bila menjejakkan kaki kat sini teringat pulak kat cerpen aku,kris dan kristal 
pasal Hana Hashim yang belajar kat Cardiff dengan iman senipis kulit bawang.



hehe..ni kat Westminster
rajin betol mat saleh UK di tengah kesibukan kota lg masih sempat baca buku..
kat malaysia mungkin kita jarang jumpa orang yang macam ni..
itupon kalau dalam iklan ada kempen membaca yang gambar dlm LRT.


ni London Eye,dapat tengok je tapi tak dapat naik pon :(
sebab ramai sangat yang berbaris panjang macam nak beli tiket bola
masa final second leg Malaysia vs Indonesia gayanye..



ini hotel Ritz tempat penginapan kami selama 10 harrryyyy di  London..
cantek gile woo interior design hotel ni..memang first class lah !


mase kami tengah naik flight nak balik msia,
mase tu aku perasaan aku bercambur baur..sedih nak tinggalkan kota London
dan gembira sebab dah nak balik ke negara tercinta yg dirinduiiii..


tiba-tiba...




sedang aku melabuhkan badan di kerusi empuk,terdengar suara lunak pramugari,

"Ladies and gentlemen,for your information our flight is now heading to Sydney
because of losing direction in Global Positioning System while detecting the very small Malaysia.
We apologize for the inconvenience that had happened."

Lantas,aku bingkas bangun dari posisiku dan menjeling ke kiri dan kanan sambil berkata,

wuhuhu ! pergi Sydney ?? best2 !
waktu tu memang tak percaya dan sangat la teruja serta bangga dapat
naik penerbangan MAS untuk waktu itu..pergi London and Sydney dalam satu masa !
waaaaaAAAAAAAAAAAAuuuuuu..
yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
yipppppppppppppppeeeeeeeeeeeee!
YAHOOOOOOOO!


astaghfirullah al azim. ^-^




oke,ni antara gambar ku di Sydney :P

di hadapan University of Sydney ! teruja sebab seni binanya cantik sangat :)
ni adelah salah satu tempat penggambaran drama hits Malaysia tahun lepas iaitu
Nur Kasih lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak..

ouh Pearl Harbour ! haha tetibe pulakkkk~
kami dihadapan Sydney Opera House dan kelihatan Harbour Bridge di situ..


Kesimpulannya,memang syok berangan sorang-sorang pergi oversea haha.
Jangan lah anda semua mencontohi daku..
mejadi tak aku edit gambar ni ??
haha,padan muka korang kena tipu ngan aku :P

oke2,cukuplah setakat ini sesi aku buat ngarot kat blog ni.
lepas ni dah kena lebih serius dan matang dalam menghadapi dugaan hidup
yang penuh dengan rintangan dan onak duri..


okey,see you next entry;)
wassalam.