February 26, 2011

covergirl DARA.com ! wuhuu :')

hai assalamualaikum :)))
apa perasaan korang klu terpilih utk covergirl dara.com?
bangga tak?bangga tak?
OMG i cant believe it haha !
ni adalah covergirl dara.com untuk isu bulan mac 2011 :)

Linda : cintai bidang landskap

haha yang sebenarnya aku tak percaya yg aku dah terbeli majalah dara.com..
aku takde lah minat sangat majalah ni.
tapi waktu kat kedai buku semalam aku dah tak tau nak beli pe.

First pegang majalah SOLUSI,"eh?ni macam dah baca je..letaklah balik"
then aku nampak majalah PC,apa lagi sambar je la.
pastu nampak majalah REMAJA,"nak beli ke tak,beli ke tak..tak jadi la"
akhir sekali nampak majalah DARA.com,takde pilihan beli je la.
ingatkan RM 4,bila bayar harga semua RM 9.80 kupang.
haha nampak sangat tak ambil tahu ,
memang tak pernah beli pon..

tapi masa aku belek-belek buku ni,tetiba aku terjumpa
satu page yg sangat menarik :)

dah enam kali bukak baru terperasan page ni :D

apa yang menarik :
Anda semua pasti tidak rugi apabila mendapatkan isu ini.
Ayat-ayat cinta yang bakal diberikan kepada anda semua pasti
akan membuat anda semua jatuh cinta dan dalam masa yang sama
lebih mencintaiNYA.
Jadi,tunggu keluaran isu Mei kerana Dara,com
akan memberikan info yang luar biasa.

jadi,jangan lupa :


ahaha macam promoter pulak..

aku berminat nak beli isu Mei je sebab Dara.com akan
membuat satu kelainan sempena ulang tahun kelahirannya yg ke 9,
pada masa yg sama ulang tahun kelahiran aku pun bulan mei jugak!
Nur Kasih the movie pon keluar bulan mei :)

haha.
oke,see you next entry.

hidup sebagai G~U~R~U

Hidup bergelar guru bukannya mudah,
Setia mendidik anak muridnya tak sudah-sudah,
Mereka tak kenal erti penat dan lelah,
Walau terpaksa menanggung susah dan payah
Inilah istimewanya hidup sebagai guru :)
Kali ni tugas aku lebih mencabar tapi aku suka.
Kitaorang kena pegang 1 kelas dan bebudaknya lemah sedikit.
Aku memang bersemangat nak ajar diaorang ni tp bila
tengok diaorang memain aku jadi tak semangat dahh.
kan best dapat murid2 yg macam ni........

"assalamualaikum semua !".
"waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh Cikgu Hana !".
"Ok,boleh duduk semua".
"Terima kasih cikguuuuuuuu",kata murid-murid tersebut dengan bacaan sepanjang 8 harakat.

-------------------------------

ahhhhh..mimpilah aku nak dapat anak murid yang dengar kata macam tu..
tapi takpe asalkan diaorang comel dah cukup gembira hati aku ahaha.
semalam hari jumaat,hari yang indah.

alahai comelnye :D


comel jugak :D

okay,ni ada  alkisah seorang budak..
sedang aku mengajar mereka perkataan ABC,tiba-tiba...

||
||
||
||
||
\/

seorang budak berlari meluru ke pintu.

SCENE 1
"Haa,awak nak pergi mana tu?".
"Cikgu,abang nak pergi minum air jap".
"Haa,pergilah."
Tak sampai 1 minit budak yang menggelarkan dirinya abang sebentar tadi
masuk dengan muka yang sedih sambil menangis dengan menutup mulutnya.
(hishh,ni yang aku tak suka tengok ni..asyik-asyik menangis je dia ni)
"Ni kenapa pulak ni?".
Dia pun tunjuklah mulut dia yang penuh dengan DARAH tu.

Ceh,aku pun buat-buat la terkejut sambil membuat mimik muka"eee,darah???????".
padahal aku steady je waktu tu..wahahahahh :D
aku tanya la dia,"Sape yang buat awak ni?",dia jawab"Haziq".
aku pun balas,"ooohhhhh".

aku pun sambung balik,"Macam mana boleh sampai berdarah?Dia tolak awak ke?".
"Tak,abang yang langgar dia tadi".
dalam hati aku berkata,(lahhh,memang tak heran le bibir kau berdarah cik adik ooiiiiiii, apa la ).

lepas tu dia menambah lagi,"tadi abang bongga kat dia cikgu".
"Hahhh??Abang bonggol dia?",aku dah pelik benda pulak dia cakap ni?
Dia terus senyap tanpa memberi sebarang reaksi sambil memandang muka aku dengan mata berkelip.
(apahal pulak budak ni?pe pulak bonggol nye..bukannya dia bawak kete pon)

aku pun tanya lagi,"Abe cakap ape tadi?Cikgu tak berapa dengar la.Abe bonggol dia ke?".
Dia geleng.(Ohh,aku salah dengar rupanya,aku rasa macam nak gelak pulak haha.)
Aku pun flashback lah balik benda pe dia cakap td ek??
"Tak,tadi abang lari kat dia la cikgu.Bongga,bongga".
Ohhh,lari rupanya !punya la berkerut dahi aku pikir benda pe la dia cakap tadi..
baru la aku tau bongga tu maksudnya lari..cakap kelantan dengan aku memang le aku tak paham..
even orang cakap jawa pun aku tak berapa paham,sikit-sikit boleh le:)))
tapi kalau Khairul Fahmi cakap ngan aku maybe aku paham kot hahah.
kalau ada amalina boleh la jugak dia translate kan kat aku..ish3

SCENE 2

"Eh?Ilmi comel la hari ni",kataku lalu Ilmi tersenyum tersipu-sipu tak berapa malu.
Tiba-tiba ada orang menyampuk,"Cikgu,abang pun comel jugak!".
Aku terus pandang dia dengan muka pelik seraya berkata,"Abang tak comel langsung".

Lepas tu dia terus masuk bawah meja sambil merengek dan menangis.
"Eh?eh?abang kenapa?ada orang buat abang ke?".
"Uwaaaa!cikgu buat abang!Nanti beritahu ibu!".(adoi,dia main perkataan ibu pulekk)

aku pun cakap le,"Mana ade cikgu buat abang,abang yang nangis sendiri.Tadi cikgu bukan
cakap abang yang tak comel,cikgu cakap orang lain..awak tu yang perasan.Kan?Kan?",
kataku sambil bertanya kepada budak-budak lain.Diaorang semua angguk tanda setuju.
Hahah bagus betul diaorang ni..
pastu dia pun bangun sambil mengesat air matanya.Huh,lega----'

Aku ni memang suka sakat dia.Usik sikit je dah menangis..
Bila time dia nangis aku pun buat 'cerdik' je la,malas dah nak pujuk hakhak.
Tp bila dia guna nama ibu,aku pun buat2 pujuk huahua..



oke,see you nesxt entry:)



 

TeNgoK LAhh..bEshXXx

Loading...