May 29, 2011

save Kuantan,stop LYNAS !

assalamualaikum..
kembali lagi kita dalam dunia blog ! huahuahua.
dah lama aku menyepi kan?baik jawab YA sambil anggukkan kepala.
ohh tak lama mana actually hahah.

okay korang baca tajuk entri nampak macam dah ketinggalan kan? 

TAK sebenarnya(nak jugak back up diri sendiri,ye la kalau tak sape lagi)
kalau korang nak tau aku PERNAH cakap tentang isu rare earth di SINI
di mana aku telah translate kan nye sebagai BUMI JARANG;)
hebat tak?haha mengonggg betul.. 






okay isu LYNAS bukanlah sesuatu yang baru,dah lama dah sebenarnya.
cuma ramai orang tak tau dan sekarang ni barulah dah heboh pasal benda ni.
 sebab benda ni berlaku kat Kuantan,so mana la satu negara nak tau cepat kan?
mungkin sebab tu kot.

ohh yang ni dah lepas.tapi kat gebeng pon dah buat..

hoii tak sanggop tengok tempat kelahiran aku dicemar *___*


p/s : tengah-tengah sibuk ni sempat lagi update blog haha.

okay,see you next entry !

May 16, 2011

lama gila dah tak bersenam.

assalamualaikum !
tak jawab dosa:)
lama gila aku tak bersenam..dan lama gila aku tak update blog,
sian blog ni dah sunyi sepi :P

hari tu aku ada jumpa satu mesin,
yaa mesin penimbang elektronik yang selalu ade kat mall tu.
tak kan kenal kot?

macam bawah ni.
comel gila tapak kaki yang dia lukis tu haha.

ohh sambung kembali,masa pandang mesin tu tiba-tiba terdetik di hati ini
nak timbang berat ngan ukur ketinggian..
so bila dah timbang,aku terima berat badan aku dah makin naik:)
tapi aku tak boleh terima kenapa ketinggian dah makin kurang ???
baru lah aku sedar bahawa mesin tu penTIPU BESARRR !
 
dan aku paling benci bila mesin tu keluar perkataan :

 



 

ERROR ! PLEASE TRY AGAIN
*mesin ni bajet canggih







atau aku yang tak boleh terima kenyataan?


 sebenarnya aku dah cuba sedaya upaya nak menurunkan berat badan
tapi tak berapa menjadi :(
nafsu makan semakin bertambah,nafsu bersenam semakin berkurang
memang dah lama gila aku tak pergi bersenam ayoyo.
mungkin sebab aku tak ikut formula yang betul iaitu


berPUASA



yaa aku perlu betulkan niat lepas ni.










May 4, 2011

bahaya jenama terkenal..

assalamualaikum.
minggu lepas,aku dapat gaji..yaa,memang best dapat gaji \(^_^)/
so bila duit dah ade dalam tangan,terbayang-bayang la dalam kepala
aku ni nak beli tu nak beli ni,padahal gaji tak besar mana pon..
dasar tak reti ukur baju kat badan sendiri betul = ="
ye lah,budak lepasan SPM(gua masih muda remaja lagi oke)

pastu mula la dalam hati berangan nak shopping barang berjenama.
aku pon tak tau nape mungkin saje nak show off..
(astaghfirullah al azim)
macam bawah ni :
aku rase membazir gile beli kasut ni tp tak rase menyesal kot ahah

aku tau orang lain beli barang berjenama mewah sebab nak menunjuk
yang diaorang mampu beli barang mahal nak mampos padahal tak penting pon
jenama-jenama semua tu..yang penting KUALITI.(ini ingatan untuk diri sendiri haha)
tapi fitrah manusia,nak yang paling mahal dan yang penting jenama BEST-BEST
macam BONIA,NIKE,ALAIN DELON,APPLE,L'OREAL PARIS..

dan disebalik jenama mewah ni terselit agenda tersendiri oleh pihak-pihak tertentu.
contoh CROCS :
orang cakap gambar buaya tu adalah tulisan kalimah Allah..
dan kalimah tu diletakkan di kaki !

then NIKE :


kasut nike memang nampak cantik dan elegan tapi...

cuba tengok patung yang bawah ni
nampak tak persamaannya..?

satu lagi COCA-COLA :

ohh isu coca cola paling famous sekali..
dan aku tak paham kenapa PM boleh bangga bila Coca-Cola nak melabur kat Msia..
huhh??what the...........
oke aku malas nak mengulas lanjut pasal tu..

tapi bahaya betul jenama mewah sekarang ni,mesti ade je tak kena.
maybe we should be more concern and more careful after this..
yeah apa pon Islam is the best:)
namun Islam yang sebenar bukan hanya pada nama sahaja tapi
dari segi imej dan perwatakan juga.insyaAllah.

okay,see you next entry.



May 2, 2011

Lukisan zaman sekolah rendah HAHA~

salam..
jap..jap nak kira dah bape hari aku tak update blog.
ohh baru 7 hari,lepaks lah.takde la lame sangat..
aku tau korang bukan rindu pon penulisan aku dekat blog ni kan..
setakat blog _____(emm,korang describe lah sendiri) takde lah best mana.
HAHA oke dah stop.kembali seriussss.

sempena cuti hari pekerja,hari ni aku ambik inisiatif untuk mengupdate belog..
well,bukan selalu boleh update blog.
tengok ni pon aku update pagi-pagi lagi..

dulu aku teringat zaman sekolah rendah,
 di pagi yang hening,
burung berkicauan bebas di udara dan
bayu bertiupan mendamaikan suasana
ditambah lagi deruan ombak yang membelah...
membelah ape ekk?
ahh,korang tambah la sendiri,aku dah takde idea dah.
ohh power gila aku zaman sekolah rendah wat ayat gini.

haha,lukisan sekolah rendah mesti macam tu.
terutama sekali dekat bahagian matahari.
tapi tu dulu2 la sekarang dah matang sikit,lukisan pon mesti nampak matang.



cehh,matang sangat ke ni?


nampak cam blur la.
and lastly,
pedulikan tentang jantina pokok ;)


okay,chow.