salam semua and good morning everybody !
anda gemok?
anda gedempol?
anda tembam?
mahupun berisi or chubby2 gitu ?
usah risau..
sebab anda sangat COMEL sebegitu..
(pada pandangan mati hati saya hahah dan mungkin orang lain juga ?)
pada pendapat aku sekarang ni ramai orang berlumba-lumba nak jadi kurus sebab nak nampak cantik sehingga diet tak tentu pasal..mereka skip makan pagi,tengahari atau makan malam untuk mengurangkan pengambilan makanan supaya dapat mengurangkan berat badan..ada juga yang sanggup ambik pil kesihatan atau pil untuk kuruskan berat badan walaupun harganya mahal asalkan mereka mampu kelihatan lebih kurus. dan ada juga yang mahu kelihatan kurus hanya semata-mata untuk LELAKI ?(huh?)ya memang diakui ada lelaki yang kurang suka perempuan gemok dan bila dia tengok makwe dia berisi sedikit,dia kurang suka selesa dengan bentuk badan sebegitu dan memaksa makwenye untuk kurus.(nasihat aku,korang tinggalkan je la laki yang macam tu..er hello?cinta bukannya hanya pada paras rupa oke?cinta yang sejati adalah melalui peribadi dan akhlak yang baik..)ataupun ada juga perempuan yang berisi bila tengok pakwenye lebih kurus daripadanya,maka dia terasa dia kurang sesuai untuk pakwenye itu lalu mengambil langkah untuk menguruskan badan supaya mendapat bentuk badan yang lebih ideal..oh please !
jangan memaksa diri untuk KURUS!
kalau anda betol-betol mahu kurus,haruslah kena pada langkahnya..bukannya seperti langkah yang di atas. korang boleh kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan melebihkan pengambilan sayuran dan juga buahan..dan satu lagi daripada korang ambik pil baik korang bersenam kan elok untuk jantung.
tapi
sekarang ni jugak ada orang yang kurang suka dengan bentuk punggungnya yang beSAR GILERRRRRR..
okay aku ade baca kat berita harian online,fakta ade mengatakan wanita yang mempunyai peha yang besar dan juga berpunggung besar mempunyai risiko yang kurang untuk diserang sakit jantung dan penyakit kencing manis sebab lemak di perut berbeza dengan lemak di punggung..jadi tak perlu risau lah.
dan satu lagi pernah tak dengar perempuan yang berpunggung besar lebih senang untuk melahirkan anak berbanding perempuan kurus yang berpunggung kecil..
lagipun aku tau spesis lelaki sekarang ni suka perempuan yang berpunggung besar hahah tak payah la nak berdolak dalih.
sebab tu tak payah la berlumba nak jadi kurus,orang kurus selalu rugi.kalau nak makan pon kena berkira-kira nak makan ke tak,nak makan ke tak..pastu bila nutrien kat badan dah hilang sebab asyik skip makan je mulalah jatuh sakit..bila dah jatuh sakit kan dah susah..bak kata pepatah arab 'mencegah lebih baik dari mengubati'..
tapi janganlah pula terlebih makan..makan sekadar yang mencukupi seperti yang disarankan Nabi berhenti sebelum konyang okeh.
okay lah,see you next entry:)