May 12, 2019

Ceritara Umrahku

Assalamualaikum :)
Rasa macam dah lama tak menulis pastu macam eh kau dah kenapa tiba2 rajin nak tulis balik. Hehe. Ok entri kalini macam panjang sikit sebab aku nak cerita pengalaman aku tunaikan umrah itu hari. Sebenarnya cerita ni dah lama sangat aku peram so baru harini sempat nak post. Setahun berlalu, Alhamdulillah aku dan suami baru saja menunaikan Umrah bersama anak kecil kami yg berusia setahun sebulan on last April 2019. Suhu ketika kami pergi boleh dikatakan agak mencabar sebab panas dan kering antara 37-45 darjah celcius.

Last aku pergi tahun 2012 masa tu muda remaja lagi (😌), suami aku tahun 2015. Jadinya dah rancang nak pergi tahun 2018 tapi mungkin belum masanya lagi akhirnya tahun 2019 baru dapat pergi. Kumpul punya kumpul duit gaji alhamdulillah termakbul jua impian untuk pergi. Kitorang pergi dengan Tiram Travel untuk 12 hari 10 malam.

Nak dijadikan cerita pakej kami kalini turun ke Mekah dulu baru Madinah so para jemaah lelaki dah kene siap2 pakai pakaian ihram dari airport. Selalunya niat di miqat dalam flight sejam sebelum sampai airport Jeddah. So bila dah niat tu ada pantang larang nak kena jaga. Kami sampai di Jeddah lebih kurang 9 pagi waktu Jeddah tapi dapat melaksanakan umrah lepas solat Maghrib lebih kurang pukul 7 malam. Prosesnya makan masa agak lama juga sebenarnya tapi biasalah untuk yang travel dalam group sebab kene tunggu bas, loading bag, tunggu check in bilik, bersihkan diri dan macam2 lagi. Jadi kene banyak bersabar dan doa semoga semua urusan dipermudahkan.

Apa yang bagusnya bila turun Mekah dulu boleh fokus ibadah nanti nak shopping kurma, jubah or souvenir insyaAllah di Madinah lagi banyak pilihan dan murah. Di Mekah, air zam-zam minumlah sepuasnya sebab nanti kat Madinah sumber air zam zam agak terhad.

Perkara yg aku tertarik dgn pakej ni sebab kitorang dapat hotel Safwa Royale jaraknya 50m dari Masjidil Haram. Sesuai untuk yg bwk jemaah pakai kerusi roda, keluar hotel terus akses ke kawasan Masjidil Haram. Bawah hotel Safwa ada banyak kedai makan, kedai jubah and mini mart kalau nak shopping barang sikit-sikit. Money changer pun ada.

 
Pandangan dari tempat makan hotel

  
Nampak tak dekat je dengan pintu Gate tu.


Gate paling dekat dengan Hotel Safwa; Gate King Abd Aziz. Kalau korang dari Hotel Safwa, Le Meredien dan berhajat nak solat berdekatan dengan Kaabah, gate yang paling dekat untuk akses laluan ke Kaabah ; gate Ismail dan gate King Abd Aziz.



Rindu tak terucap :')


Kalau boleh setiap waktu solat pilih tempat yg boleh nampak Kaabah, ustaz ckp tengok Kaabah pun dapat pahala. Tapi kene gerak awal sebab 30 min sebelum azan pintu yg menghala kawasan kaabah mesti tutup awal. Tips untuk jemaah lelaki nak solat depan Kaabah, lebih kurang 30 min sebelum azan buat tawaf sunat nanti ngam2 lepas 7 pusingan tawaf bergabung dengan jemaah lain untuk bina saf solat.

Untuk pakej travel ni lebih kurang 3 kali umrah mutawwif akan pimpin kami. Jadi bagi yang nak buat umrah tambahan, boleh naik teksi dari lobi hotel guna apps Uber atau tahan teksi sendiri ke Tanaim untuk berniat umrah. Caj berbeza untuk setiap teksi macam kami pernah kena SR50 utk 4 org satu teksi. Kalau nak lagi murah boleh amik bas warna merah yg pergi Tanaim tapi kena jalan jauh sikit untuk ke stesen bas dan caj yang dikenakan SR3.15 je.

Sekarang untuk Saie dengan tawaf dah ada skuter untuk orang yg sakit kaki atau tak boleh jalan jauh bayaran SR50 utk saie, SR50 utk tawaf. Tapi nun jauh di tingkat atas sana. Kalau nak pakai kerusi roda boleh jugak upah orang bawakkan tapi tak pasti pulak berapa cajnya. Selagi boleh jalan, guna kaki lebih baik hehe.  

Follow sign ni untuk naik skuter.




Mas'aa (tempat saie) dari Safa ke Marwah utk pejalan kaki. 
Yg bawah lampu hijau tu sunat utk lelaki berlari2 anak.


Pandangan dari pintu 25, pintu utama dari Marwah. Kalau jalan 500m ke belakang tu akan jumpa tapak kelahiran Rasulullah S.A.W yang sekarang ni dijadikan library dan berdekatan dengannya ada tempat pengambilan air zam-zam.

Setelah 6 hari 5 malam di Mekah, kami menuju ke Madinah yang mana perjalanan ambil masa lebih kurang 5-6 jam menaiki bas. Alhamdulillah tahun ni special sikit sebab sempat merasai 1 Ramadhan di bumi Madinah.

Assalamualaika ya Rasulullah.

Di Masjid Nabawi ruang solat perempuan terhad dan ada ruang solat 'without children' jadi kalau terlambat sikit memang kena solat luar. 

Bila di Madinah kalau boleh ambil peluang untuk berada di Raudah (taman syurga di dunia). Mutawwif ku sempat merasa 3 kali di Raudah. Katanya kena ada teknik follow yang betul. Aku pun merasa masuk Raudah sekali je waktu lepas isyak. Masa nak pergi Raudah ni, nak tunggu turn masuk tu sangatlah lama ya jadi kena banyak bersabar. Waktu ni pulak anak aku ada dekat laki aku sebab peraturannya tak boleh bawak budak takut nanti kena rempuh 😖 


Kawasan Raudah yang berkarpet hijau tu. Sekarang kat Madinah siap ada yg jual corak sejadah Raudah bolehlah nak feeling bila dah balik Malaysia nanti.



Untuk wanita, pintu masuk ke Raudah ialah pintu 25. Dan ada waktu tertentu je Raudah dibuka khas untuk golongan wanita; 1 sesi waktu pagi selepas solat subuh sampai ke sebelum zohor dan 1 lagi sesi mula lepas isyak sampailah ke sejam sebelum subuh. Nasihat aku kalau nak dapat turn awal lepas isyak, sejam sebelum maghrib dah kena get ready datang masjid awal and cari port yang dekat dengan laluan ke Raudah.



Jarang-jarang dapat view macam ni dalam Masjid Nabawi. Selalu mesti penuh.


Keesokkan harinya sempat pekena Nasi arab berasaskan 3 jenis lauk; kambing, unta dan ayam. Alhamdulillah sedap sangat, kongsi 8 orang makan. Menu ni tak termasuk pakej Tiram, SR50 per pax. Masa ni on the way balik hotel dari ziarah luar Madinah. Lepas makan owner kedai bagi dessert Kunafa masyaAllah sedap sangat.




Malam 1 Ramadhan di bumi Madinah. 
Subhanallah jemaah yg datang Solat Terawih di Masjid Nabawi sangatlah ramai.


Gambar dari tok laki masa iftar di Masjid Nabawi.

Sekian itu sahaja coretan ku kalini. Bila fikir balik mesti teringat2 suasana kat sana rindu sesangat. 
Kalau nak buat umrah, mental dan fizikal kena readily prepare supaya kita tak terkejut bila dah sampai nanti. Berjalan jauh tu biasa, lagi2 waktu panas. Semoga Allah menjemput kita semua untuk menjadi tetamuNya lagi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Tips doa dari mama, banyakkan baca doa Nabi Yunus.



Nanti aku kongsi pulak pengalaman and tips bagi yang nak datang umrah dengan anak kecil. Till then, assalamualaikum.