April 25, 2011

Yahooooooooooo !!!!!!!!!!!! google,safari,firefox !

salam semua !




beli CD Hikayat Merong Mahawangsa lagi berbaloi dari tengok kat wayang..
boleh ulang tayang berjuta-juta kali.
harga pon 8 hengget je,tapi asli ataupon cetak rompak tak tau lah.
orang kedai kata yang ni CD ori punya..
erkkk yang atas tu bukan movie HMM ye.
yang tu majalah SOLUSI tau hahah.
itu isu terbaru punya,lu jangan main-main sama wa..
wa beli itu majalah di kedai CINA woooo.
lu tak percaya sama wa?
haha bak kata Dato' Siti,percayalah !


selain tu komik Zint pon telah berjaya dibedal iaitu Rapsodi 18..
konon nak berjimat cermat..huahuahua~
dan sekarang ni ade novel terbaru ramlee awang murshid tp
nasib baik tak TERbeli lagi...fuhhh selamat duit aku.
so konklusinya,
dunia dicipta untuk manusia,manusia dicipta untuk akhirat !
aku tak tau ape kaitannya dengan entri ni..

tapi sebagai mutiara kata untuk kita dalami yep tuan-tuan dan puan-puan:)

April 24, 2011

i met Maher Zain LIVE~

assalamualaikum..

ye aku jumpa Maher Zain live kat Ampang semalam..
semua orang sibuk nak mintak t.tangan tp aku tak berkesempatan pon:(

sebab petang semalam aku belajar buat muffin dekat kolej komuniti,
hoho first time belajar buat muffin tau hahah.
aku pergi naek bas so balik pon mesti naek bas jugak kan..
(eh?tu pon nak kena cakap gak ke?)haha
then waktu on the way nak balik..


TIBA-TIBA


aku jumpa Amer Munawer Yusoff !serius tak tipu..
ala..amer munawer takkan tak kenal kot?
haa,sejurus selepas tu jumpa Maher Zain pulakk !(wahh rezeki..)


 
seriussssssss woooooooo.

aku jumpa diaorang~






DALAM TV LAH (,")
hahaha.

nak jumpa live tak mungkin kot..
yang atas tu gambar Maher Zain waktu dia buat konsert dekat Holland.
jehan pernah la jumpa Maher Zain secara live kat Shah Alam.
tak caya tengok blog dia..huuu JEALOUS betol aku~
dia pon baru lepas gi korea bulan tiga hari tu,lagi bertambah JEALOUS ohh.


takpe nanti ade rezeki aku jumpa la maher zain..
hahah.
dan sekarang ni orang demam Justin Bieber dengan movie
Never Say Never plus Justin Bieber live kat KL.


eeeeeeeewwwwwwwwwww!(terasa macam gedik pulak)

saya tak SUKA justin bieber okay~

 
aku tak boleh tulis dalam BI,nanti fans dia kat US kecam aku kang
bila baca blog aku ni..
huh tak pasal-pasal nanti aku kena =='

so,i LIKE maher zain~



hoho,okay see you next entry :P

April 22, 2011

hidup tak selalunya indah..... :'(

assalamualaikum..
seberat mana pun dugaan yang kita tempuhi,hadapilah ia dengan senyuman:)
sejauh mana pun kita pergi,kepadaNya juga kita akan kembali..
betul tak?
hemm..tak payah la nak berdolak dalih lagi...

tenangnye.
damainya.
syoknya.
haaa aku mengaku yang aku ni jarang dengar bacaan ayat suci al-quran tapi
bila dah dengar guna headset rase syahdu je,tenang yang teramat sangat..
ini seriusssssssss.
lagi-lagi kalau reciter Saad Al Ghamdi.

dan kat sini aku nak kongsi terjemahan satu surah yang aku rasa sangat istimewa
iaitu surah Al-Waqiah..


dan ini merupakan sebab kenapa aku kata surah Al-Waqiah adalah istimewa~
Surah al Waqiah(56) Prophet Muhammad said,"Whoever recites Surah al Waqiah at night would never encounter poverty".



Bismillahirrahmanirrahim.

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١) لَيۡسَ لِوَقۡعَتِہَا كَاذِبَةٌ (٢) خَافِضَةٌ۬ رَّافِعَةٌ (٣) إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّ۬ا (٤) وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّ۬ا (٥) فَكَانَتۡ هَبَآءً۬ مُّنۢبَثًّ۬ا (٦) وَكُنتُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا ثَلَـٰثَةً۬ (٧) فَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ (٨) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (٩) وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ (١٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ (١١) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (١٢) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٣) وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (١٤) عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّوۡضُونَةٍ۬ (١٥)

Apabila berlaku hari kiamat itu,(1)Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
(2)Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar),(3)dan meninggikan (golongan yang taat).(4)(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.(5)Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,(6)Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,(7)Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);(8)Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?(9)Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?(10)
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);(11)Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),(12)
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.(13)
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.(14)
diulang sekali lagi mereka yang menetap di dalam syurga yang penuh nikmat itu
adalah
sekumpulan BESAR dari umat terdahulu dan
sebilangan kecil dari umat terkemudian..
wuwuwu sedih pulak bila baca,adakah aku akan tergolong dalam golongan yang
menjadi penghuni syurga?bukan aku tapi kita semua..
layakkah kita menjadi penghuni syurga yang penuh nikmat itu?
sobs..sobs..sobs :'(
aku tau aku ni bukannya baik sangat pon..entri je nampak baik
p/s : aku rasa macam tajuk takde kaitan dengan entri....
jom kita mengeksplorasi !

April 21, 2011

RAHSIA untuk kulit muka licin tanpa jerawat :)

salam semua :)
selepas tutorial macam mana nak putihkan kulit muka kat SINI,
kali ni aku nak share pule macam mana nak bagi kulit kita
super duper mulus tulus dan telus..

ya,semua orang nak kulit licin tanpa ada sebarang jerawat dan jeragat..
tapi macam mana ?
aku tengok sekarang ni ade bermacam-macam jenis produk jual
untuk menghilangkan masalah kulit jerawat sebagai contoh Virgin Coconut Oil.
eh?cam kenal je produk VCO dari catalyst ni =="

tapi tahukah anda bahawa ubat gigi pon boleh menyelesaikan
masalah jerawat ! apo? ubat gigi ???

orang kata bila jerawat mula tumbuh jangan nak gatal tangan gi picit
tapi sekarang ni ade cara baru iaitu letak ubat gigi je terus !
tak payah nak beli gel Clean & Clear lagi tu dah..membazir je!
kita pakat ramai-ramai letak ubat gigi lepas ni okay.
tapi jangan main hentam je letak ubat gigi ape-ape sebab ubat gigi
yang sesuai adalah ubat gigi COLGATE..ni aku baca kat artikel la.
tak ingat dah kat mana tapi aku tak pernah try lagi la..haha LOL

tapi aku ade cara lagi sooooonang nak hilangkan jerawat malah parut jugak~

iaitu gune Photoshop aje terus !
korang tau tak apa fungsi Spot Healing Brush Tool(J) kat dalam photoshop tu?
nak hilangkan jerawat la..(J) tu maksod dia jerawat
tu pon tak tau ke?
huahuahua memandai je aku.

okay,yang ni confirm betul dapat hilangkan jerawat..try la eh.
tapi mesti ramai yang dah tau kan?takpe aku share untuk orang yang tak tau je(,")



haha,see you next entry.
by the way,sape nak tempah header boleh email aku..harga promosi
lagi sementara masa masih ada:)

April 19, 2011

PROMOSI>>PROMOSI>>PROMOSI !

DILARANG MASUK !
(tiada jalan keluar)
forbidden to enter.
||
||
||
||
||
||
||
||
\/
huehuhu.

entah pape betul entri aku.
tadak kena mengena langsung dengan bawah ni..
first sekali assalamualaikum semua:)

ohh ya beberapa hari ni aku ade buat beberapa jenis header.
ya,header memainkan peranan penting untuk blog.
tapi mengarut betul description header yang aku buat tu.
kalau kelakar baik korang jangan gelak..






 header 1#

header 2#

header 3#

 header 4#

header 5#



huhu,simple je.
ehemm aku nak buat promotion boleh tak?
kuikuikui..
hehe aku nak buat promosi dekat siapa2 yang berminat nak
tempah header dengan aku boleh la email dekat bawah ni :
miss_kiraei@hotmail.com
aku jual RM 5 sahaja.no additional charge.
yang atas tu contoh je okay.hehe.
apa-apa pertanyaan emel eh.


okay salam.
see you next entry:)

April 17, 2011

Giveaway Ujang9897

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum readers and bloggers:)

setelah ditag oleh cik una dan berfikir dua tiga kali hehe,
aku akhirnya berjaya meloloskan diri dari pihak polis..
eh ? bukan ! bukan ! silap !
aku akhirnya telah berjaya menyertai GA dari incik azfar
atau lebih dikenali sebagai Ujang9897



setahu aku ujang merupakan seorang blogger yang gila traffic.
dia yang pernah cakap dulu kat blog dia..dan aku amat amat amat MENGAKUInya..
dan aku pernah tulis kat shoutmix chat blog dia "bakal menjadi ZackZukhairi"..
ehm,lebih kurang gitu kot..aku pon tak ingat dah = =,
tapi blog Ujang best,seyes tak tipu..sebab dia pandai bermain dengan kata-kata.
dia ni baru je buat blog akhir tahun lepas tapi follower dah beribu,
bilangan orang yang view blog dia pon OKAY la daripada aku ni..


so,
kalau sesiapa yang nak join jugak
boleh la KLIK SINI


lastly nak tag :

aku suka giler baca blog ni~

hai assalamualaikum !
pagi-pagi yang indah memang best duduk rehat kat umah..
apatah lagi kalau petang-petang macam ni~
so aku pun apa lagi ngadap laptop,haha macam takde keje lain je.
tapi bile ngadap laptop aku dah tak ingat benda lain..
online je aku bukak youtube,bukak blog orang :D

best jadi stalker kat blog orang.
mula-mula silent reader dulu,lama-lama baru komen..
huehuhu~
tadi aku ade bukak blog kawan aku.
aku suka blog dia,sebab kadang-kadang buat aku insaf sikit hahah.
dia dah berubah dan aku suka perubahan positif dia :)
*aku ni entah bila nak berubah ni haa

tapi macam mana pun perangai dia tetap gila-gila macam dulu.
aku malu la ngan kau raby,SPM kau lagi bagus dari aku.
huarggghhhhhhhhhhhh !(jeles,jeles,jeles)

 
okay kawan-kawan,jom gi ke blog dia.
percayalah,dia sangat lain dari gaya penulisan blognya haha.

kenangan kita.


and,and

aku suka giler baca blog ni wey.
terima kasih kerana menyedarkan saya dengan blog ini:)
header dia simple je
tapi pengisian cukup berkualiti..

April 15, 2011

happy birthday girl~

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum yawwww:D
whazzuppppppppp dudes ? jom pi tengok cite Penunggu Istana !
cerita realiti bergenre seram berbentuk paranormal yang pertama di Msia.
huahuah,tak mau aku*(tak tido malam kang)

okay berbalik pada tajuk utama SELAMAT HARI TUA budak comel~
nguehehehe.

happy birthday girl~
eh?
yang ni jantan ke tino ? oh tidakkkkkkkk!
huehuhuuh.
yang ni Amirul Arshad namanya..
dia LELAKI ye bukan perempuan mahupun pondan.


yang ni bufday girl nye:) si budak comel.
dia putih macam anak cina..orang panggil dia Amoi atau nama sedap anak Chong:)



macam posing ala-ala model.


lastly,SELAMAT HARI LAHIR AISHAH:)
"orangnya manis,
kek pon mesti manis"



okay,papai.

SEGMEN : BEN ASHAARI GEGAR LAGI ...


assalamualaikum:)
hello readers and bloggers !
kali ni ben ashaari buat segmen gegar blog lagi..



sape nak join segmen ni..?



okay,see you next entry:)



April 14, 2011

GADGET : antara iPad dan PlayBook

assalamualaikum..
siapa tak kenal gadget yang semakin popular dan digilai ramai iaitu
iPad dari jenama Apple dengan kecanggihan teknologi Multi-Touch iaitu
segalanya hanya di hujung jari sajeee huehehe..
kalau dulu Atilia berbangga memiliki sebuah iPad
yang sangat disayanginya..
tapi kini Blackberry pula tampil menyaingi iPad
dengan komputer tablet iaitu PlayBook !

bercerita tentang iPad memang dah banyak sangat kemajuan..
kali ni iPad tampil dengan lebih nipis dan lebih ringan ye tuan-tuan dan puan-puan
berbanding dulu-dulu agak tebal la jugak dan
reka bentuknya pon kurenggg menarik. 
haaa kalau siapa yang suka main game memang sesuai sangat le beli iPad ni..
graphics perfomance nye memang tersangat mantopp.
iPad pon macam iPhone jugak ade dua kamera,boleh buat video call..

yang best sekarang ni ade Smart Cover yang direka khas untuk melindungi iPad..
ade macam-macam pilihan warna yang menarik dan cun.
aku nak yang HIJAU.
comel sedap je mata memandang~
smart cover ni bukan sebarang cover ye,ia boleh dilipat dan
dijadikan sebagai penyokong macam bawah ni :

iPad juga ade Wi-Fi dan 3G..jadi korang boleh le berInternet sokmo
tak kira di mana sahaja korang berada~
iPad jugak banyak menggunakan sistem wayarless walaupun kalau nak
cetak gambar pon tak payah nak guna kabel.senang..



okay next memperkenalkan,



Blackberry PlayBook !
PlayBook adalah komputer tablet yang sangat professional.
so sape-sape yang nak buat bisnes memang sesuai gune playbook
untuk membuat multitasking berbanding iPad kebolehan
multitasking nye adalah terhad...
lagi satu kelebihannya playbook ade Adobe Flash tapi iPad tadakk ye.
so senang nak view apa-apa web yang menggunakan flash..
even naik main hard core game pon syok je~



yang ni antara convenience bag untuk playbook..
simple sahaja.

dengan PlayBook jugak kita boleh buat video call sama macam iPad ada dua kamera..
PlayBook jugak ade Wi-Fi,4G dan Wi-Max..
senang la kalau nak berInternet selalu tak kira tempat.
Tapi PlayBook takde iTunes macam iPad..
sebab dengan iTunes kita boleh download lagu,movies,games dan rancangan TV.




so penutupnya : penat lah tangan aku menaip haha..
okay konklusinya aku rase PlayBook lagi cangihhhhh dari iPad..
tapi dari segi reka bentuk PlayBook kalah dengan iPad kot.
well,
aku nak iPad dengan cover HIJAU tuu..cun nyehhhhhh aku tengokk!



okay,see you next entry:)

April 13, 2011

Giveaway Ole - Ole Dari Bandung! Siapa nak?!


Bismillahirrahmanirahim:)
hehe,buat kali ketiga saya nak join giveaway kak Ztee pulak..
apa yang menarik tentang giveaway ni ialah hadiahnya merupakan
cenderamata dari Bandung..menarik bukan?
oleh kerana saya tak pernah menjejakkan kaki ke Bandung,teringin jugak la
nak dapat ole-ole dari Bandung kan..mana tau murah rezeki:)agagaga....

so,korang-korang yang berminat nak join boleh


lastly nak tag  :

ehemmmm..sapo nak kulit putih?

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum :)
okay,tetiba buat kali pertama aku nak buat tutorial haha..
tutorial ni sempoi je iaitu macam mana nak putihkan kulit muka.
untuk kulit muka hitam memang sesuai pakai petua ni..huahuah
tapi hitam pon comey bak kata orang hitam manis gituwww.
kalau korang rasa kulit muka korang gelap dont worry,
pakai lah GARNIER ek..
mungkin kulit korang akan transform kepada si putih gebu...








LISA SURIHANI!
(yang ni memang dah cerah semulajadi)


tapi paras muka tak penting,yang utama peribadi kita tu yang baik:)
okay aku bukan nak mengesyorkan cream or sunblock ke ape..
sekarang aku nak share camne kita nak bagi kulit muka kita putih dlm gambar.
kadang2 kita tak selesa bila tengok gambar je,

"aik?apasal muka aku nampak hitam semacam je ni.."

so mungkin muka kita nampak gelap disebabkan lighting
yang kurang bagus waktu tangkap gambar atau guna kamera cap ayam je..
ataupon
muka korang memang dah hitam pon.
tapi  tak kisah la kita boleh edit gambar benda tu semua guna
ADOBE PHOTOSHOP

ada 5 langkah mudah :
  1. pilih gambar dulu
  2. open with adobe photoshop program
  3.  select dodge tool kat tepi belah kiri macam bawah ni

4.   apply kan secara perlahan dan teliti okay..
5.    save !


haa,senang nak mampuihh kalau kita nak edit jadi putih.
tak payah susah-susah beli krim,membazir je !
tapi tutorial ni bukan penting sangat pon,saja suka-suka..
ada banyak cara lagi nak edit gambar kasi lebih cantik.
tapi di lain entry ek.
walau macam mana pun,kecantikan sebenar adalah melalui watak yang luhur.
okai,papai.


see you next entry:)



p/s : ni hasil yang aku buat heehe :

see the difference?
haha nampak macam baru letak bedak satu kilooooo..


April 11, 2011

Giveaway zalin onceitalk.com


salam.
haa,nampak tak banner kat atas tu..kecik molek je kan.
actually saya nak join ga zalin,hadiahnya ialah topup saje.
tapi tak kesah la kan nak join jugak..
mana tau kalau dapat?
ohho btw,ni penyertaan last minute ni hehe.


kalau korang pon berminat nak join jugak cepat-cepat


okay,lastly nak tag :




April 9, 2011

bestnye zaman tadika:)

assalamualaikum :)
makin lame aku dah makin maleh nk update beloggggg
haiyahhh.
tapi hari ni aku rajin pulak nak edit gambar dan upload kat blog.
okay back to the topic zaman tadika memang best.
tak payah pening kepala pikir masalah.
iyo lah,budak-budak je,mane tau pape lagi.
lain la kalau yang dah besor kena pikir masalah nak belajar,nak dapat kerja,
cari duit $$$,beli barang keperluhendak(keperluan+kehendak) contoh?
nak beli laptop Toshiba la,Blackberry Bold la,DSLR Canon,kereta Mercedes lah
dan last sekaliiiiiiiiiiiiiiiii


masalah kahwin.
hah ?? KAHWIN ??!!!! (erkkk???)


jadi hargailah masa yang anda ada sekarang..
dunia,dunia jugak tapi akhirat jangan lupe sebab
dunia adalah ladang bercucuk tanam untuk akhirat :').

untuk merasai keseronokan zaman kanak-kanak,silalah scroll ke bawah:)



zon muatan penuh..fuhh padat maksima macam MILO !


haha,amalina tengah tension sebab waktu ni sangat panas..untuk menambahkan
lagi bahang kepanasan,aku tambah la efek sikit tapi seriussss matahari memang
dengan megahnya telah memancarkan cahayanya ketika ini..
wuuu,kena pakai sunblock lepas ni~


gambar ni paling cantik kot bagi aku sebab watak utama yang tengah beriya
kejar bola tu betul-betul mengujakan :D
wuhuhu,memang bersungguh betul si Udin ni nak kejar bola.
tapi bila dah dapat ditendangnye pulokk.
alahai,sudah adat football game..nak wat camne


haa,yang ni ada gaya main kat sawah padi..;D
apo kono eh jang?*
alahai comelnyee:)


(gambar hitam putih)eh?bola tu dah nak menuju kat aku nihh.


||
||
||
||
||
||
||
||
\/



eh???bola dah bertukar warna !
hebatlah !

di mana ada tadika,di situ ada kanak-kanak



okay sekian saja fantasi dunia kanak-kanak di alam blog.

see you next entry.

April 6, 2011

Pashmina adalah kegilaanku ! ohhhh~

hai assalamualaikum !
agak lama jugak aku tak menyentuh papan k.board ekk:)
okay aku tengok trend muda mudi zaman sekarang memang ramai yang suka pakai shawl.
kalau pergi mana-mana je mesti nampak macam-macam fesyen lilitan shawl..
shawl?
shawl?
apa itu shawl?
arhhh,berdo'oh je kalau hang tak tau shawl tu menatang benda pe..
sebab sekarang ni dah banyak blogshop jual shawl murah-murah,
dengan video tutorial memakai shawl yamg kemas dan eye-catching..perghh

sekarang ni macam-macam shawl ada :crumple shawl,gipsy shawl,shawl subang la
dan lain-lain lagi..

tapi
dalam banyak-banyak jenis shawl hanya satu je yang aku minat iaitu



PASHMINA !
ohh aku memang minat giler la kat pashmina ni.
tapi sedih sebab baru dua je yang ada dalam simpanan aku.


satu warna hitam dan satu lagi warna maroon.
  • yang hitam ni beli taun lepas kat pekan jerrrr
  • yang maroon printed pashmina beli dekat key hellll(huh ?)

harga?tak payah la nak tanya..
tapi susah la nak cari pashmina yang labuh sikit ni,yang ada sekarang cukup
untuk lilit kepala je+__+
kalau nak bertudung biarlah menutup dada baru betul.
okay,
antara banyak-banyak jenis pashmina aku suka ombre pashmina dengan jamawar la.

jenis ombre memang simple tapi cantik gilerrr !


 kalau la aku ada pashmina seCOMEL yang ni

yang jamawar susah nak dapat,lagi-lagi yang 100% asli memang mahal nak mampus.
tapi kalau benda yang memang kau sayang
dah confirm kau sanggop belanja mahal-mahal kan?
tak kira la duit dah tinggal ciputt je tetap nak beli gak kan?
tapi aku tak..
prinsip aku asalkan benda tu berkualiti dan tak mahal sangat,memang aku akan beli
(eh bile pulak aku ade prinsip macam ni?)
haha aku ni boros orangnye..betul ini seriusssss
aku memang tak pandai nak berjimat cermat entah bile aku ni nak berubah..
padahal bukannya banyak duit sangat pon*


ohho by the way,
lawak gile kot semalam aku bawak kete.
aku memang tak gheti bawok kete manual tapi seronok gak.
eh?jangan lupe klik kat nuffnang sebab nak beli BB.
erk?
haha tipu je :P
ape kelas beli BB..baik beli Al-Quran elektronik lagi bagus..
peace:D

April 3, 2011

aku bukan OPERATOR bertauliah~

salam.
 hari itu di dinihari pagi yang ceria,aku menyaksikan kanak-kanak
bermain riang sekali sambil berlari-lari.Mereka bergelak tawa dengan rakan mereka
dan berkejaran bersama-sama.Di saat itu lantas hati kecilku berkata,
"alangkah bestnye jika aku seperti mereka,
dapat bermain bersama-sama..alangkah bestnye jika aku
dapat kembali ke zaman lalu yang sungguh menyeronokkan".

~soalan cepu berlian : cuba cari mana aku?~


tiba-tiba,

telefon merah berdering Ring ! Ring !sila angkat saya !(canggih bukan??)
ah,lamunanku terus berhenti di situ..
aku menggertak di dalam hati,kacau daun betul la.

tanpa membuang masa,aku pun terus mencapai gagang telefon tersebut.








ini lah telefon nye !
*sapepercayememangmongokgilewwwrr (,")

||
||
||
||
||
||
\/



aku                : hello,siapa di sana?(kataku dengan gaya DJ Radio)

pemanggil      : hello..hello.Ni hao ma?Ley ah pin tou ah.



alamak ! tersilap skrip..uhuhu okay2 bawah ni adalah dialog yang betul.


aku                : Hello,assalamualaikum.

pemanggil       : Waalaikumussalam.______________

aku                : Hah?

pemanggil       : __________________

aku                : Heee,tak dengar lah.

pemanggil       :___________________

aku                : Err,boleh cakap kuat sikit?Saya kurang dengarlah sebab kat sini
                       bising..

pemanggil       :___________________

aku                : Apa dia?Pasti?

pemanggil      :____________________

aku               : Errr,kejap..kejap eh.

(waktu tu aku terus panggil kawan aku tolong jawabkan panggilan tu bila aku sedar dah lima kali aku asyik suruh dia ulang..ya Allah malunya LIMA KALI tau tak?.Tapi serius memang aku tak dengar langsung ape yang dia cakap..berkerut jugak la dahi aku nak tangkap ape yang orang tu cuba sampaikan..bila pikir balik rase cam nak gelak kat diri sendiri je.aku ni telinga kuali ke ??)




dah sah.
aku memang tak layak jadi operator *__*

April 2, 2011

blog ku sudah bertukar wajah !

peace yawwwww !
assalamualaikum:)

comel tak background blog baru aku ni ?
ahaha..

bai bai everybody.
malas nak update blog hari ni..
esok baru rajin nak taip entri panjang-panjang:D
okay..ciaooo~

TeNgoK LAhh..bEshXXx

Loading...