March 19, 2011

kelebihan menunaikan solat sunat dhuha~

Diriwayatkan oleh Tabrani,Rasullullah S.A.W bersabda:
Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

antara kelebihan menunaikan solat sunat dhuha ialah:
  • Rasulullah S.A.W telah bersabda : sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha setiap hari nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walau sebesar buih di lautan.
  • “Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara supaya aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
  • Seperti yang kita tahu solat sunat dhuha merupakan pintu rezeki dan menjauhkan kita daripada kemiskinan.Seperti dalam firman Allah yang bermaksud : Dan didapatiNya engkau mencari jalan kebenaran lalu Ia memberikan petunjuk dengan wahyu Al-Quran.Dan didapatiNya engkau miskin lalu Ia memberikan kamu kekayaan.Maka janganlah engkau berlaku kasar terhadap anak yatim.Dan janganlah pula engkau mengherdik kepada orang yang meminta bantuanmu.Maka dengan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau zahirkan sebagai kesyukuran kepadaNya.(surah adh-dhuha ayat 7-11)

Doa sunat Dhuha:
Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
keagunganmu itu keagunganMu,keindahanMu itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah ya Tuhanku,
jika rezekiku masih di langit maka turunkanlah dia,
jika rezeiku di dalam bumi maka keluarkanlah dia,
dan jika rezekiku sukar maka permudahkanlah dia,
dan jika rezekiku haram maka bersihkanlah dia,
dan jika rezekiku jauh maka perdekatkanlah dia dengan berkat waktu dhuha
keagungan,keindahan,kekuatan dan kekuasaanMu,
Engkau limpahkanlah kepadaku seperti mana yang Engkau telah limpahkan kepada hambaMu yang soleh..



semoga Allah melimpahkan rezeki yang halal kepada kita semua..
jadi marilah kita bersama-sama mengamalkan solat sunat dhuha:)

BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

Hi Abang Ben ! peaceeeeee yaww~

assalamualaikum semua!
wahaha,aku tak tau nape hari ni terbukak pintu hati nak join segmen ben ashaari..
FIRST TIME dehh aku join ni,mungkin disebabkan aku betol-betol ikhlas sayangkan blog ni kot :) yes i really2 meant it..nak tau blog sape ? heeehe...

||
||
||
||
||
||
||
||
||
\/

okay blog yang paling saya SUKA dan KAGUM ialah :



tahniah,tahniah.
give her a big applause:)



1.  Yes,saya suka sangat blog ni sebab :
  • blog ni sangat best dan comel sampai menang sebagai Blog Pilihan Malaysia kategori wanita!
  • saya suka tengok kualiti gambar-gambar dia yang sangat cantik dan colourful..memang awesome lah ! 
  • blog ni meletup gilerrr sampai dah masuk banyak newspaper and magezines..dan paling best sekali dia dipilih sebagai covergirl Dara.com edisi Julai mungkin disebabkan penangan blognya yang famous.
buktinya: Irine,blog ibarat diari harian

2.  Okay memang saya benar-benar kagum dengan blog ni sebab pertama kali saya tau tentang blog ni bila saya baca majalah Remaja yg sy pinjam dari kawan ketika kami di KL Sentral dan waktu tu saya betol-betol tertarik dengan blog ni..balik je ke rumah terus saya bukak blog ni tau tak!(tapi macam tak cukup pulak bukti kekaguman sy ni..hehe)

3.  Saya dah mengikuti perkembangan blog ni sejak tahun lepas waktu bulan 6 kot tak silap..memang saya suka baca blog ni sampai kat makmal komputer sekolah pon saya bukak blog ni bila time free lah..

4.  Apa yang saya kenal kak Irine selama ni melalui penulisan dia la kan,saya rasa dia tu seorang yang manja kot..huhuhu,memandai je aku ni.Tapi yang betul-betul pasti,dia sangat minat warna pink.Dia pernah cerita tentang kegilaan dia dgn warna pink sampaikan brg2 dia prepare nak masok U pon hampir semua warna pink..ish3.Selain itu,dia lahir pada 3 September iaitu sama tarikh dengan kelahiran blognya..kak irine ade 5 orang adik-beradik dan dia merupakan anak bongsu..sekarang ni dia belajar diploma kat UITM Alor Gajah dalam bidang masscom;)sesungguhnya dia tu sangat comel tapi dia sudah berpunya..Kak Irine,nanti nak makan nasi minyak jangan lupe ajak saya eh;D 

5.  Ohh,kak Irine tak tau yang saya admire gile baca blog dia sebab selama ni saya hanya jadi silent reader je,tak pernah komen entry dia..lagipon blog dia famous apalah sangat nak dibandingkan dengan blog daku yang tak seberapa ni;(


huh,penat pulok menaip pagi-pagi buta gini..ngehngehngeh.
takpe,takpe demi segmen ni saya sanggup.

okay,soalan last : Jika diberi peluang bertemu dengan blogger tersebut , sila beri 5 soalan yang akan anda tanya kepadanya ?
aishh,macam susah sikit je nak jawab..boleh skip tak ? ahahah.


okay secara jujurnya bila saya dapat jumpa kak Irine secara live biar saya sendiri yang tanya kat dia..kata diberi peluang berjumpa,biar la saya tanya dia face by face je..mana boleh bagitau kat sini.kenalah rahsia.kata Jeng,Jeng,Jeng...mestilah surprise sikit.ahakssssss~

okay deal? (ecewahh)





okay,tu je kot..selamat membaca Encik Ben:)