July 30, 2013

rindunyaaaaa

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Fuyo dah lama giler tak menulis deekat blog ni..
Entah kenapa, mimpi apa tetiba malam ni jari jemari ini rajin menekan papan kekunci.
Sebenarnya..
.ada sesuatu yang ingin diceritakan. Nanti ada masa aku nak renovate blog ni bagi cantik sikit biar sedap
mata memandang, nampak matang sejajar dengan umurku yang kian dewasa. Cehh.

Sem ini aku rasa banyak dugaannya walaupun semester pendek sebabnya aku
tak berapa minat dengan pelajaran yang aku ambik sekarang ni. Well, saya noob orangnya. 
Tak mahir dalam bab menggunakan software...
 
Sekarang mood malas dah switch on walaupun ada assignment menanti.
Ni lah assignment nya..banyak benda lagi tak siap. Aku fed up betul buat benda ni.
Dengan menatap laptop berjam-jam lamanya, berpinar mata den tau..
 
 
Sekarang dah masuk malam ke 22 ramadhan, lagi 8 hari je nak puasa. Sedihnyehhh pantas sungguh masa berlalu. 
Oh by the way, yang aku dok cakap rindunya dekat title blog ni adalah sebab aku rindu dekat bebudak tadika yang aku ajar dulu.
Lepas tengok video matluthfi beberapa hari yang lalu, membuak-buak rasa rindu ni dekat mereka.
Terbayang kecomelan,kenakalan dengan perangai yang gila-gila macam apa.
Memang betul la budak-budak kecik ni terlampau jujur dan sangat lah innocent.
Semangatnya melebihi orang dewasa dan perasaan ingin tahu mereka lagi dahsyat dari kita.

Paling ingat sekali dekat budak laki yang kuat nangis, namanya Luqman atau lebih mesra dikenali sebagai abe.
Kecek klate dengan aku, memang lah aku tak paham sesetangah perkataan yang dia cakap.
Aku rasa pernah kot aku cerita kat dalam blog ni kejadian aku dengan dia.
Memang lawak dan rasa kelakar bila imbas balik kejadian tu.

Dan ada muka macam shahir, comel gila sampai rasa macam nak kahwin dengan dia.
Gila betul.
Tapi tak mungkin, aku masih waras lagi dan masih berpijak di bumi nyata..
Yang diam membisu pun ada jugak,biasalah tu macam-macam ragam.
Tapi kebanyakannya adalah yang nakal-nakal perangainya.
Yang banyak cakap lagilah, sampai penat kepala den nak melayan keletah diaorang tu.
Mesti ada je benda nak cerita sampai tak larat nak dengar...Even benda kecik pun bukan main semangat cerita dekat aku.

InsyaAllah kalau ada jodoh, panjang umur ketemu lagi dengan mereka.
Sekarang dah nak hampir pukul 11 malam. Dah niat puasa?
Sebelum saya mengundur diri, salam ramadhan buat semua.
10 malam terakhir ni...buatlah apa yang patut ye kawan-kawan.
Jangan lepaskan peluang keemasan sementara nyawa masih ada..
hihi, tata..


 
 

2 comments:

Amanda Balqisss said...

miss you caca :')

Anonymous said...

ehemmmm..

TeNgoK LAhh..bEshXXx

Loading...