March 19, 2011

kelebihan menunaikan solat sunat dhuha~

Diriwayatkan oleh Tabrani,Rasullullah S.A.W bersabda:
Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

antara kelebihan menunaikan solat sunat dhuha ialah:
  • Rasulullah S.A.W telah bersabda : sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha setiap hari nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walau sebesar buih di lautan.
  • “Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara supaya aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
  • Seperti yang kita tahu solat sunat dhuha merupakan pintu rezeki dan menjauhkan kita daripada kemiskinan.Seperti dalam firman Allah yang bermaksud : Dan didapatiNya engkau mencari jalan kebenaran lalu Ia memberikan petunjuk dengan wahyu Al-Quran.Dan didapatiNya engkau miskin lalu Ia memberikan kamu kekayaan.Maka janganlah engkau berlaku kasar terhadap anak yatim.Dan janganlah pula engkau mengherdik kepada orang yang meminta bantuanmu.Maka dengan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau zahirkan sebagai kesyukuran kepadaNya.(surah adh-dhuha ayat 7-11)

Doa sunat Dhuha:
Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
keagunganmu itu keagunganMu,keindahanMu itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah ya Tuhanku,
jika rezekiku masih di langit maka turunkanlah dia,
jika rezeiku di dalam bumi maka keluarkanlah dia,
dan jika rezekiku sukar maka permudahkanlah dia,
dan jika rezekiku haram maka bersihkanlah dia,
dan jika rezekiku jauh maka perdekatkanlah dia dengan berkat waktu dhuha
keagungan,keindahan,kekuatan dan kekuasaanMu,
Engkau limpahkanlah kepadaku seperti mana yang Engkau telah limpahkan kepada hambaMu yang soleh..



semoga Allah melimpahkan rezeki yang halal kepada kita semua..
jadi marilah kita bersama-sama mengamalkan solat sunat dhuha:)

2 comments:

ana.suhaili said...

ana..tankiu mengingatkan :))

Hana Rahim said...

hee..ur welcome~
sharing is loving:)