May 12, 2019

Ceritara Umrahku

Assalamualaikum :)
Rasa macam dah lama tak menulis pastu macam eh kau dah kenapa tiba2 rajin nak tulis balik. Hehe. Ok entri kalini macam panjang sikit sebab aku nak cerita pengalaman aku tunaikan umrah itu hari. Sebenarnya cerita ni dah lama sangat aku peram so baru harini sempat nak post. Setahun berlalu, Alhamdulillah aku dan suami baru saja menunaikan Umrah bersama anak kecil kami yg berusia setahun sebulan on last April 2019. Suhu ketika kami pergi boleh dikatakan agak mencabar sebab panas dan kering antara 37-45 darjah celcius.

Last aku pergi tahun 2012 masa tu muda remaja lagi (😌), suami aku tahun 2015. Jadinya dah rancang nak pergi tahun 2018 tapi mungkin belum masanya lagi akhirnya tahun 2019 baru dapat pergi. Kumpul punya kumpul duit gaji alhamdulillah termakbul jua impian untuk pergi. Kitorang pergi dengan Tiram Travel untuk 12 hari 10 malam.

Nak dijadikan cerita pakej kami kalini turun ke Mekah dulu baru Madinah so para jemaah lelaki dah kene siap2 pakai pakaian ihram dari airport. Selalunya niat di miqat dalam flight sejam sebelum sampai airport Jeddah. So bila dah niat tu ada pantang larang nak kena jaga. Kami sampai di Jeddah lebih kurang 9 pagi waktu Jeddah tapi dapat melaksanakan umrah lepas solat Maghrib lebih kurang pukul 7 malam. Prosesnya makan masa agak lama juga sebenarnya tapi biasalah untuk yang travel dalam group sebab kene tunggu bas, loading bag, tunggu check in bilik, bersihkan diri dan macam2 lagi. Jadi kene banyak bersabar dan doa semoga semua urusan dipermudahkan.

Apa yang bagusnya bila turun Mekah dulu boleh fokus ibadah nanti nak shopping kurma, jubah or souvenir insyaAllah di Madinah lagi banyak pilihan dan murah. Di Mekah, air zam-zam minumlah sepuasnya sebab nanti kat Madinah sumber air zam zam agak terhad.

Perkara yg aku tertarik dgn pakej ni sebab kitorang dapat hotel Safwa Royale jaraknya 50m dari Masjidil Haram. Sesuai untuk yg bwk jemaah pakai kerusi roda, keluar hotel terus akses ke kawasan Masjidil Haram. Bawah hotel Safwa ada banyak kedai makan, kedai jubah and mini mart kalau nak shopping barang sikit-sikit. Money changer pun ada.

 
Pandangan dari tempat makan hotel

  
Nampak tak dekat je dengan pintu Gate tu.


Gate paling dekat dengan Hotel Safwa; Gate King Abd Aziz. Kalau korang dari Hotel Safwa, Le Meredien dan berhajat nak solat berdekatan dengan Kaabah, gate yang paling dekat untuk akses laluan ke Kaabah ; gate Ismail dan gate King Abd Aziz.



Rindu tak terucap :')


Kalau boleh setiap waktu solat pilih tempat yg boleh nampak Kaabah, ustaz ckp tengok Kaabah pun dapat pahala. Tapi kene gerak awal sebab 30 min sebelum azan pintu yg menghala kawasan kaabah mesti tutup awal. Tips untuk jemaah lelaki nak solat depan Kaabah, lebih kurang 30 min sebelum azan buat tawaf sunat nanti ngam2 lepas 7 pusingan tawaf bergabung dengan jemaah lain untuk bina saf solat.

Untuk pakej travel ni lebih kurang 3 kali umrah mutawwif akan pimpin kami. Jadi bagi yang nak buat umrah tambahan, boleh naik teksi dari lobi hotel guna apps Uber atau tahan teksi sendiri ke Tanaim untuk berniat umrah. Caj berbeza untuk setiap teksi macam kami pernah kena SR50 utk 4 org satu teksi. Kalau nak lagi murah boleh amik bas warna merah yg pergi Tanaim tapi kena jalan jauh sikit untuk ke stesen bas dan caj yang dikenakan SR3.15 je.

Sekarang untuk Saie dengan tawaf dah ada skuter untuk orang yg sakit kaki atau tak boleh jalan jauh bayaran SR50 utk saie, SR50 utk tawaf. Tapi nun jauh di tingkat atas sana. Kalau nak pakai kerusi roda boleh jugak upah orang bawakkan tapi tak pasti pulak berapa cajnya. Selagi boleh jalan, guna kaki lebih baik hehe.  

Follow sign ni untuk naik skuter.




Mas'aa (tempat saie) dari Safa ke Marwah utk pejalan kaki. 
Yg bawah lampu hijau tu sunat utk lelaki berlari2 anak.


Pandangan dari pintu 25, pintu utama dari Marwah. Kalau jalan 500m ke belakang tu akan jumpa tapak kelahiran Rasulullah S.A.W yang sekarang ni dijadikan library dan berdekatan dengannya ada tempat pengambilan air zam-zam.

Setelah 6 hari 5 malam di Mekah, kami menuju ke Madinah yang mana perjalanan ambil masa lebih kurang 5-6 jam menaiki bas. Alhamdulillah tahun ni special sikit sebab sempat merasai 1 Ramadhan di bumi Madinah.

Assalamualaika ya Rasulullah.

Di Masjid Nabawi ruang solat perempuan terhad dan ada ruang solat 'without children' jadi kalau terlambat sikit memang kena solat luar. 

Bila di Madinah kalau boleh ambil peluang untuk berada di Raudah (taman syurga di dunia). Mutawwif ku sempat merasa 3 kali di Raudah. Katanya kena ada teknik follow yang betul. Aku pun merasa masuk Raudah sekali je waktu lepas isyak. Masa nak pergi Raudah ni, nak tunggu turn masuk tu sangatlah lama ya jadi kena banyak bersabar. Waktu ni pulak anak aku ada dekat laki aku sebab peraturannya tak boleh bawak budak takut nanti kena rempuh 😖 


Kawasan Raudah yang berkarpet hijau tu. Sekarang kat Madinah siap ada yg jual corak sejadah Raudah bolehlah nak feeling bila dah balik Malaysia nanti.



Untuk wanita, pintu masuk ke Raudah ialah pintu 25. Dan ada waktu tertentu je Raudah dibuka khas untuk golongan wanita; 1 sesi waktu pagi selepas solat subuh sampai ke sebelum zohor dan 1 lagi sesi mula lepas isyak sampailah ke sejam sebelum subuh. Nasihat aku kalau nak dapat turn awal lepas isyak, sejam sebelum maghrib dah kena get ready datang masjid awal and cari port yang dekat dengan laluan ke Raudah.



Jarang-jarang dapat view macam ni dalam Masjid Nabawi. Selalu mesti penuh.


Keesokkan harinya sempat pekena Nasi arab berasaskan 3 jenis lauk; kambing, unta dan ayam. Alhamdulillah sedap sangat, kongsi 8 orang makan. Menu ni tak termasuk pakej Tiram, SR50 per pax. Masa ni on the way balik hotel dari ziarah luar Madinah. Lepas makan owner kedai bagi dessert Kunafa masyaAllah sedap sangat.




Malam 1 Ramadhan di bumi Madinah. 
Subhanallah jemaah yg datang Solat Terawih di Masjid Nabawi sangatlah ramai.


Gambar dari tok laki masa iftar di Masjid Nabawi.

Sekian itu sahaja coretan ku kalini. Bila fikir balik mesti teringat2 suasana kat sana rindu sesangat. 
Kalau nak buat umrah, mental dan fizikal kena readily prepare supaya kita tak terkejut bila dah sampai nanti. Berjalan jauh tu biasa, lagi2 waktu panas. Semoga Allah menjemput kita semua untuk menjadi tetamuNya lagi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Tips doa dari mama, banyakkan baca doa Nabi Yunus.



Nanti aku kongsi pulak pengalaman and tips bagi yang nak datang umrah dengan anak kecil. Till then, assalamualaikum.










July 30, 2013

rindunyaaaaa

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Fuyo dah lama giler tak menulis deekat blog ni..
Entah kenapa, mimpi apa tetiba malam ni jari jemari ini rajin menekan papan kekunci.
Sebenarnya..
.ada sesuatu yang ingin diceritakan. Nanti ada masa aku nak renovate blog ni bagi cantik sikit biar sedap
mata memandang, nampak matang sejajar dengan umurku yang kian dewasa. Cehh.

Sem ini aku rasa banyak dugaannya walaupun semester pendek sebabnya aku
tak berapa minat dengan pelajaran yang aku ambik sekarang ni. Well, saya noob orangnya. 
Tak mahir dalam bab menggunakan software...
 
Sekarang mood malas dah switch on walaupun ada assignment menanti.
Ni lah assignment nya..banyak benda lagi tak siap. Aku fed up betul buat benda ni.
Dengan menatap laptop berjam-jam lamanya, berpinar mata den tau..
 
 
Sekarang dah masuk malam ke 22 ramadhan, lagi 8 hari je nak puasa. Sedihnyehhh pantas sungguh masa berlalu. 
Oh by the way, yang aku dok cakap rindunya dekat title blog ni adalah sebab aku rindu dekat bebudak tadika yang aku ajar dulu.
Lepas tengok video matluthfi beberapa hari yang lalu, membuak-buak rasa rindu ni dekat mereka.
Terbayang kecomelan,kenakalan dengan perangai yang gila-gila macam apa.
Memang betul la budak-budak kecik ni terlampau jujur dan sangat lah innocent.
Semangatnya melebihi orang dewasa dan perasaan ingin tahu mereka lagi dahsyat dari kita.

Paling ingat sekali dekat budak laki yang kuat nangis, namanya Luqman atau lebih mesra dikenali sebagai abe.
Kecek klate dengan aku, memang lah aku tak paham sesetangah perkataan yang dia cakap.
Aku rasa pernah kot aku cerita kat dalam blog ni kejadian aku dengan dia.
Memang lawak dan rasa kelakar bila imbas balik kejadian tu.

Dan ada muka macam shahir, comel gila sampai rasa macam nak kahwin dengan dia.
Gila betul.
Tapi tak mungkin, aku masih waras lagi dan masih berpijak di bumi nyata..
Yang diam membisu pun ada jugak,biasalah tu macam-macam ragam.
Tapi kebanyakannya adalah yang nakal-nakal perangainya.
Yang banyak cakap lagilah, sampai penat kepala den nak melayan keletah diaorang tu.
Mesti ada je benda nak cerita sampai tak larat nak dengar...Even benda kecik pun bukan main semangat cerita dekat aku.

InsyaAllah kalau ada jodoh, panjang umur ketemu lagi dengan mereka.
Sekarang dah nak hampir pukul 11 malam. Dah niat puasa?
Sebelum saya mengundur diri, salam ramadhan buat semua.
10 malam terakhir ni...buatlah apa yang patut ye kawan-kawan.
Jangan lepaskan peluang keemasan sementara nyawa masih ada..
hihi, tata..


 
 

January 9, 2012

New....

assalamualaikum..
terima kasih Tuhan kerana masih diberi peluang untuk melihat dunia ini..
alhamdulillah ! alhamdulillah !
cuti dah nak habis,esok adalah permulaan sem baru so semangat pun kena baru !




TAPI....





hahaha nak jugak tangan tu.


semalam try technical pen tapi apasal tak keluar dakwat ehh?
dah la mata tajam macam jarum,tercarik kertas tu aku tulis..
(aku ganas atau pen tu tajam ? hemm.... )
kalau pen tu rosak,mati pengsan lah aku..
sebatang harga dah berpuluh ringgit,dah la 4 batang tak kuar aissshhh!


haa cantik tak aku lukis ???
fuhhh tak tido siang malam siapkan drawing ni(ahakss)




tipu je.
(bajet pandai melukis dan mewarna)

tu lukisan Allah.

sem 3 dah nak datang,so kena biasakan diri untuk tidur lewat malam atau 
tak tidur mungkin ?
ohh ya sem akan datang ni aku akan ambik 3 subjek...subjek apa?
ohh rahsia..
kalau aku update blog,korang akan dapat hint jugak.
aku tak suka kalau orang tau aku study kat mana,course apa..(kalau org tak dikenali)
semua tu biarlah rahsia okay haha sebab aku tak suka hidup yang penuh glamorous gitew.


okay dah la.
makin lama aku tulis,makin mengarut ..
peace yaww.
asar dah masuk.


selamat datang sem baru...

cinta baru ? oh tidak..
family first okeh.

December 9, 2011

the bicycle...

seronoknya bila cuti walaupun sekejap tak macam bebudak sekolah
#cutibukanmainlamagile#
at least waktu petang boleh jugak cuci mata tengok keindahan alam milik Allah
sambil main basikal keliling rumah..
haha keliling rumah je bukan keliling kampung

aku pernah terfikir nanti masuk main campus,nak bawak basikal..
tak nak bawak kereta sebab nak jimat duit minyak dan juga
nak selamatkan alam sekitar dari pencemaran..(ini seriusss)
kalau jalan kaki confirm termengah-mengah kannn..
so basikal is the best choice.
but the problem is ade ke orang nak bawak basikal macam aku ni...
aku malu jikalau aku satu-satunya pelajar yang membawa basikal ke kelas
lebih-lebih lagi basikal macam bawah ni...
.
.
.
.
.



*cool tak bro kalau aku bawak basikal macam ni?*

serius aku memang dah lama mengidamkan basikal macam tu..
sebab utama warna hijau,sedap mata memandang..
sebab kedua ada bakul,boleh letak barang..
sebab ketiga comel,itu yang aku suka.
tapi....
yang gantung-gantung dekat handle tu aku tak berapa minat la.
(macam serabut je)

oleh itu sebagai seorang wanita,aku haruslah menampakkan ciri-ciri feminin.
so,dengan basikal ITU mungkin nampak lebih feminin kot ^_^
dan serius aku suka giler basikal macam tu,aku nak basikal macam tu!
aku nak!!!!!!!!!
dah lama aku teringin basikal yang ada bakul macam tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hemmm,basikal kat rumah ni dah tak boleh nak pakai.
hari-hari naik basikal keliling rumah sambil feeling2 macam Azizulhasni Awang kononnya :P
(in fantasy)

 tapi ,masalahnya aku keliling rumah naik basikal PANCIT !
sebab tu malu nak keliling kampung.
kang aku jenjalan naik basikal tu keluar rumah,buat malu orang jekk..
dah lah basikal tu dah buruk.....
(shhhh...orang keliling rumah aku tak baca blog aku ni.
so sape-sape yang baca ni senyap-senyap je la ekkk)




(in reality)
basikal ini berkata : "comel tak saya?hekhekhek"


okey lah..penat dah tangan menaip.
sebelum saya mengundurkan diri,maafkan kekhilafan saya selama ni :)
akhir kata,jaga diri ! (comel tak pantun 3 kerat ni?haha)
 
p/s : kredit dah takde..ade sape2 baik hati nak tolong topup kan???huahua gurau.

November 16, 2011

Hello to MACAU !

Welcome to Macau ! ;)
Adakah Macau destinasi percutian pilihan anda ?
urghhh macau apalah sangat kan ? (hehe jahat gile)
ya Macau sememangnya terkenal dengan kasino...
malah kasino depa lebih besaq dari kasino kat Las Vegas tu hang tau dak..


Hotel Grand Lisboa adalah salah satu mercu tanda di Macau..
seni bina bangunan dekat sana agak menarik,ehm sesuai la untuk pelajar jurusan seni bina 
atau perancangan bandar nak buat research tentang pembangunan kat macau..
so berbanggalah anda menjadi pelajar architecture haha :)


Macau at night~

oleh kerana sekarang adalah bulan November,memang elok sangat nak singgah
ke Macau musim ni sebab suhu di sana ketika ini mungkin antara 20 darjah celcius
hingga 30 darjah celcius,takdelah panas sangat dan takdelah sejuk sangat..



DAN YANG LEBIH MEMERANJATKAN LAGI,
penggunaan Bahasa Melayu amat meluas dekat sana !
tak percaya ??







haa nampak ??
(kalau tak nampak jugak tak tau lah eden nak kate ape dahhh)


jangan lupa bawak payung sebab kat sana tengah hujan sekarang okeh..

oleh kerana nak mengurangkan pengaliran duit yang begitu banyak di negara orang,
kami terpaksa beli makanan di Cold Storage..time-time hujan begini perut memang
akan rasa lapar sentiasa..nak dapatkan makan halal pun agak susah tahu ? :P


mana bas tak sampai-sampai lagi ni....

last but not least,

model(nama samaran) : H Greyson,I Junsu,W Minho
photographer(nama betul tak tipu punya) : Seungri-hana



okeh,aku dah penat..assalam
p/s azan Zohor dah masuk,jom sembahyang.

November 12, 2011

nyah nyih nyuh

こんにちは  !

Ryu-Watanabe mendekati Noriko dengan seraut wajah yang monyok.Kerutan di wajah
menzahirkan kekesalannya."Noriko,onegai shimasu (Tolonglah Noriko),"pinta
Ryu-Watanabe.Noriko hanya mengeluh dan berdiam diri.Tika inilah muncul........

hana rahim untuk mengupdate blognya hahaha..

 ehm susah jugak nak update blog dalam bilik bile roomate duk kiri kanan.
bukan ape malu seyh update blog depan kawan-kawan hehehe..
ditambah lagi dengan wifi yang tak berapa betol,sekejap ade sekejap takde..
boleh jadi @&#$ gune wifi ngokngek ni..
nampaknye kena beli broadband  *__* ecehh

nuffnang ohhh nuffnang.
bile duit nuffnang nak masyukk ni,sambil berblog boleh dapat duit.
takde lah membazir duk lame-lame depan laptop..
$$$$$


sementara update blog,makan begedil..
begedil ni didatangkan khas dari cafe A tau huahuahua..
harganye RM 0.50..murah bukan?
lepas ni sape nak aku belanja meh aku kasi begedil kat korang.jimat duit.



RASAILAH !













nyah kau dari sini nyamuk degil !
okay,oyasumi nasai..








November 11, 2011

kali ni lebih serius~

assalamualaikum...
hari ni tak tau kenapa aku terbukak pintu hati nak update blog..
dah lame jugak aku tak menulis dalam blog ni.

yeah,blog aku bukan blog orang glamour sedare sedari sekalian.
aduhai...

ehm malam-malam macam ni rase seronok je nak merapu.
hari ni malam jumaat,alhamdulillah aku masih diberi peluang lagi untuk hidup..
jam menunjukkan pukul 2 pagi..
ohhh sorang kawan aku sudah lena dibuai mimpi.


okey back to the topic babehhhhh,
sebenarnye,aku ni minat jugak la nak update blog tiap-tiap hari
tapi bile tengok setiap entri aku sejak akhir-akhir ni dah TAK ADA satu pun komen,
rase macam malas je nak update..hahahaha
ye lah,nampak sangat macam merapu sorang-sorang alahaiii..
dulu-dulu punye entri ade lah jugak beberapa bijik komen 
tapi sikalang sudah tiade maaa...
mestilah seorang blogger akan rase bersemangat untuk menulis di blognya
bila ramai yang akan bagi respons dekat entri die kan ?
takde lah macam blog ni,habis lintang pukang.
entah ke mana perginya pengkomen tegar blog aku..

wuwuwu sedih wooo.

rase macam dah tak semangat je nak update :(
tapi takpe,aku takkan berputus asa.
kali ni aku akan lebih seriusssss..serius dalam menulis blog
*eceeeehhhhhhhhh

yeah,hidup BLOG !
nantikan kemunculan entri aku akan datang dengan lebih kisah panas-panassss,
sensasi dan tips-tips yang lebih menarikkkk! :P
haha okay see you soon.




September 3, 2011

kembali lagi.........~

salam ;)
ehh bukan la..SARANGHAEYO! (kuikuikuikui)


hahaha,lama giler tak update blog! malas tahu ?
sekarang aku dah kembali..i'm back!kat kampung internet macam siput..sabar je la
aduii kerja banyak..ya,kerja banyak..
banyak gilerRRRRR sampai tak tau nak start kat mane ??!!!   
 (padahal malas nak buat)
grrrr...aku memang pemalas~

idea...idea...ohh idea
di manakah engkau?datanglah...datanglah..!
arghh apa aku mengarut ni..ilham datang dari Allah~
okay aku yang malas sebenarnya 
lantak kau lah assignment.............


baik layan matluthfi~


ehh cop hari ni sabtu,esok ahad..tskk...tskkk :( pastu ISNIN uwaaaa ;'(
presentation ! i dont like presentation,pffft =="
grrr tak boleh buat hari lain ke?aku tak sedia lagi la...
and the most important,speaking english laa ape lagi..
kau nak present depan-depan cakap melayu sape nak dengar ?
this is an english speaking campus,so speak english..
dont you remember huh ? :P

kesian blog ni jadi tempat bebelan aku..teringat pulak time form 3 mase belajar Mathematics,
cikgu selalu cakap "life must go on"...dan teringat sajak William Shakespeare 'life is a brief candle'
and bla...bla....bla.....
ohh sebenarnya aku malas nak tulis.
thats it..can you count how many 'malas' i wrote in this entry ?
ahaha.




penutup :

okay,sebelum aku lupa dan sebelum terlambat...
Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
 jangan lupa puasa enam(untuk diri sendiri terUTAMAnya)
btw,imissyou ramadhan :) 


lalala,
terasa macam nak makan buah epal.

p/s : kalau buah epal ni jadi assignment still life drawing,mau nangis gua..dengan stippling,shadow dan warnanya fuhh merah mak ngah...

July 10, 2011

OH MY GOD !

woahhhhhhhhh!
assalamualaikum :) (tak jawab dosa)
peace yawwwwwwwwwwwww~
heyyyy guys,whassup?


In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

pehhh nak bernafas kejap..
gila kentang cincang lumat sampai hancur,
dah bape lame aku tak update belog,fuhh belog pon da cacamarba dengan entri berkurun..
serius macam tak percaya dapat update belog..

you know what?i was so busy right now with many assignmentsSS$$!
makan tak kenyang,tidur tak lena
tapi mandi basah okay.tidur pun lena je





then go to the next paragraph haha
 
OH MY GOD!
minggu lepas la paling dahsyat sekali,rasa macam nak putar balik masa.
ohh tidak!my graphic comm,my sketchbook and my built environment report..
 assignment aku tak siap!
I can see through Madam Rabeah's eyes....ooh no
I'm sorry madam..
dan yang paling penting sekali..
Forgive me Ya Rabb.
astaghfirrullahalazim..what I've done?

banyak rupanya dosa aku selama ni..
but seriously rase macam teruk sangat minggu lepas.
sampai tak sempat nak redo(redo bukan redho atau redha)..
macam mane nak dapat A macam ni??
Hana Rahim,practices make perfect.
and everything is in God's hand.. 


           sketch,sketch,sketch      
                               
i'm now in University of Sydney :P
this is an english speaking univesity..LOL.



okay,sambung buat kerja balik.

May 29, 2011

save Kuantan,stop LYNAS !

assalamualaikum..
kembali lagi kita dalam dunia blog ! huahuahua.
dah lama aku menyepi kan?baik jawab YA sambil anggukkan kepala.
ohh tak lama mana actually hahah.

okay korang baca tajuk entri nampak macam dah ketinggalan kan? 

TAK sebenarnya(nak jugak back up diri sendiri,ye la kalau tak sape lagi)
kalau korang nak tau aku PERNAH cakap tentang isu rare earth di SINI
di mana aku telah translate kan nye sebagai BUMI JARANG;)
hebat tak?haha mengonggg betul.. 






okay isu LYNAS bukanlah sesuatu yang baru,dah lama dah sebenarnya.
cuma ramai orang tak tau dan sekarang ni barulah dah heboh pasal benda ni.
 sebab benda ni berlaku kat Kuantan,so mana la satu negara nak tau cepat kan?
mungkin sebab tu kot.

ohh yang ni dah lepas.tapi kat gebeng pon dah buat..

hoii tak sanggop tengok tempat kelahiran aku dicemar *___*


p/s : tengah-tengah sibuk ni sempat lagi update blog haha.

okay,see you next entry !

May 16, 2011

lama gila dah tak bersenam.

assalamualaikum !
tak jawab dosa:)
lama gila aku tak bersenam..dan lama gila aku tak update blog,
sian blog ni dah sunyi sepi :P

hari tu aku ada jumpa satu mesin,
yaa mesin penimbang elektronik yang selalu ade kat mall tu.
tak kan kenal kot?

macam bawah ni.
comel gila tapak kaki yang dia lukis tu haha.

ohh sambung kembali,masa pandang mesin tu tiba-tiba terdetik di hati ini
nak timbang berat ngan ukur ketinggian..
so bila dah timbang,aku terima berat badan aku dah makin naik:)
tapi aku tak boleh terima kenapa ketinggian dah makin kurang ???
baru lah aku sedar bahawa mesin tu penTIPU BESARRR !
 
dan aku paling benci bila mesin tu keluar perkataan :

 



 

ERROR ! PLEASE TRY AGAIN
*mesin ni bajet canggih







atau aku yang tak boleh terima kenyataan?


 sebenarnya aku dah cuba sedaya upaya nak menurunkan berat badan
tapi tak berapa menjadi :(
nafsu makan semakin bertambah,nafsu bersenam semakin berkurang
memang dah lama gila aku tak pergi bersenam ayoyo.
mungkin sebab aku tak ikut formula yang betul iaitu


berPUASA



yaa aku perlu betulkan niat lepas ni.










May 4, 2011

bahaya jenama terkenal..

assalamualaikum.
minggu lepas,aku dapat gaji..yaa,memang best dapat gaji \(^_^)/
so bila duit dah ade dalam tangan,terbayang-bayang la dalam kepala
aku ni nak beli tu nak beli ni,padahal gaji tak besar mana pon..
dasar tak reti ukur baju kat badan sendiri betul = ="
ye lah,budak lepasan SPM(gua masih muda remaja lagi oke)

pastu mula la dalam hati berangan nak shopping barang berjenama.
aku pon tak tau nape mungkin saje nak show off..
(astaghfirullah al azim)
macam bawah ni :
aku rase membazir gile beli kasut ni tp tak rase menyesal kot ahah

aku tau orang lain beli barang berjenama mewah sebab nak menunjuk
yang diaorang mampu beli barang mahal nak mampos padahal tak penting pon
jenama-jenama semua tu..yang penting KUALITI.(ini ingatan untuk diri sendiri haha)
tapi fitrah manusia,nak yang paling mahal dan yang penting jenama BEST-BEST
macam BONIA,NIKE,ALAIN DELON,APPLE,L'OREAL PARIS..

dan disebalik jenama mewah ni terselit agenda tersendiri oleh pihak-pihak tertentu.
contoh CROCS :
orang cakap gambar buaya tu adalah tulisan kalimah Allah..
dan kalimah tu diletakkan di kaki !

then NIKE :


kasut nike memang nampak cantik dan elegan tapi...

cuba tengok patung yang bawah ni
nampak tak persamaannya..?

satu lagi COCA-COLA :

ohh isu coca cola paling famous sekali..
dan aku tak paham kenapa PM boleh bangga bila Coca-Cola nak melabur kat Msia..
huhh??what the...........
oke aku malas nak mengulas lanjut pasal tu..

tapi bahaya betul jenama mewah sekarang ni,mesti ade je tak kena.
maybe we should be more concern and more careful after this..
yeah apa pon Islam is the best:)
namun Islam yang sebenar bukan hanya pada nama sahaja tapi
dari segi imej dan perwatakan juga.insyaAllah.

okay,see you next entry.