February 5, 2011

blog ohhh blog

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
tak jawab berdosa tau heheh :)

anda semua perasan tak sekarang ni dah ramai orang ada blog ?
blogger famous pon dah makin banyak..
kalau dulu apa2 mesti facebook..
termasuklah nak promote barang2,nak jumpa kawan lama,fanpage,dan sebagainya.


tapi sekarang,
blog pon dah semakin glamour di kalangan kita..
dengan facebook kita boleh buat duit,
dengan blog kita boleh jadi kaya..
macam jutawan internet yg terkenal IRFAN KHAIRI 
itu memang tak dapat dinafikan tapi segalanya
bermula dari bawah bukan sekelip mata kita boleh jadi kaya..
ohhh tidak2.
tapi cuma usaha kena lebih sikit..
sama juga orang nak jual barang2 tak perlu beli kedai pon,
ade blogshop pon dah cukup sebab sekarang ni dah ramai
yg suka online shopping..macam mak aku hehe.

tapi bila dah ade blog rasa macam malas pulak nak update.
aduhh,tu yg susahnya.
tapi betul kata SISSYIRA bila kita dah berdomain,kita akan
sentiasa terasa nak update blog sebab benda tu dah dibayar,
kang membazir pulak kalau tak guna..
thanks syira di atas segala info tentang tips2 nak berdomain ni.

tiba2,aku pon rasa macam nak ada domain sendiri,
sebab macam nice je.
hummm.

p/s: masa tengah update blog ni,aku tengah bukak lagu putus by melda ahmad..wow,dah beratus
       ribu orang yg view video dye tapi still tak dapat nak kalah dgn maher zain yg dah berjuta-juta tengok.

maher zain memang terkenal pon:)
tak kesah la kalau dah berjuta orang view.


okey,see you next entry.

February 4, 2011

entry khas untuk semua.

こんにちは皆!
apa khabar semua orang hari ni ?
mentang2 aku cuti boleh la update blog dengan lebih kerap.hehe.

ehm,korang ingat lg tak pasal entry yg aku post
bulan lepas tentang budak2 comel lotte di SINI.??
okey,aku rase ini masa yg sesuai kot nak masukkan gambar tu
sebab kawan aku dah lame tunggu bile la aku nak upload pic tu..
hehe sori sy buat awak semua tertunggu2^-^


actually aku ni takde la terror sangat mengajar dyeorang ni,
cuma nak ambik pengalaman,tu yg penting kannn.
lagi2,aku ni dah la tak pandai sgt nak ajar orang,
ditambah lagi budak2 nya dah la nakal,mulut bising gila
macam ape nasib muka je comel hahah.


 dyeorang ni suka sgt maen plastisin..
kununnye nak berasa main PLAYDOH kott.kuikui.


ambik turn,jangan berebut2 ye :)


kepak2,kepoom2..
*kompang dipalu pengantin baru*
ekekeke :P



* wink wink *
gambar ni ade masalah sikit hehe.
saya suka dua beradik ni:))
mana comel adik atau abang ?

ahh,adek aku lg comel.
*-*


alolo.. tom.. tom..tommmeynyeeeeeeeeeeeeeee~

!!
!!
!!
!!
!!
\/




 eh?eh? aku maksudkan tomeynye tomyam ni
nampak sedap je :p


hehe,gurau2.
memang comel pon dye..
dah la peramah,baik pulak tu.
eh,tak boleh puji lebh2 nnt tuan punye bdn kembang kempis.

ni pon comel jugak..tiga2 anak cikgu.


asyik2 gambar anak murid je.
cikgu pon nak bergambar jugak.kehkeh.







ohh ye,smlm gi surau tiba2 jumpa kwn 1 batch ngan aku,
dye kerja kat taska skrg ni..

                 kawan : macam mana kerja kat pasti ?
              aku     : ehm,okey je.Kat taska macam mana ?
              kawan : hahh,lagi OKEY !

pehhh,ayat dye bukan main bangga lg ahah.
dah lah serentak jawab..
nadia skrg tinggi giler macam model ! jeles ney.


oke,gambar aku takde pon dalam ni yehh.
ni semua kawan2 aku ni..
aku tak comel,aku tak cantik,aku tak cun
tapi

aku HANDSOME lah babe.
seriously klu tak caye tanya kawan aku,
dye kate aku kacak,macho macam jejaka idaman kat luar sana.
time study mesti dye kena pandang muka aku kononnye
nak bagi semangat le. 

hapekebenda la..


oke,cukuplah sampai sini.
see you next entry :)
assalamualaikum.


January 31, 2011

dah memang rezeki dia

salam semua !
aku rase dah cukup seminggu aku tak update blog ni
disebabkan kekangan masa dan juga ade perkara yg tak dapat dielakkan :P
dan dalam mase seminggu banyak perkara BAIK telah terjadi..

sudah sebulan aku menyandang jawatan guru(cewwahh),
cikgu tadika je ponn..
tapi bukan senang nak handle budak tadika ni,skrg ni barulah aku mengerti
betapa besarnye pengorbanan seorang guru untuk mengajar anak didik..
hari tu aku ambek cuti hari jumaat ikut family
sebab nak pergi Tambun atau TAnjung raMBUtaN haha !

opss,im just kidding *-*

yang sebetulnye aku memang pergi Tambun tp bkn tg rambutan..

dan kteorang pergi ke Tambun ni bukan saja2 nak melancong tapi
sempena program safety drive yang digelar (MOH KE IPOH WEH ! )
ohh ya,sebelum ke Tambun kami ke Universiti Teknologi Petronas yang terletak di Tronoh
atau nama glamour yg dipanggil oleh pelajar UTP iaitu TORONTO..huahua

bila nak pergi memang excited la sebab ni baru kali kedua trip ke UTP..
dan library dye la yg paling aku teringin nak masuk sangat.
akhirnye tercapai jugak hajat aku ^-^
alhamdulillah. 

rak buku kat library tu memang tinggi giler dan aku sangat2 impressed !
memang bertaraf antarabangsa dan planet serta alam semesta,hahah.
waktu ni baru la aku tau yang merasmikan UTP ni ialah Pak Lah !
ku sangkakan sebelum ini ialah Tun Dr Mahathir yg merasmikan rupanya tidak..
sedang menuju ke Kompleks Canselor..dah tak sabar dah niieeee~


 okey,dah sampai pon.. ;)

geng baju kuning peserta safety drive..
semua tengah fight nak perah otak cari jawapan kat sini.

ade satu soalan yg aku rase sangat best.
lebih kurang begini la bunyinya :

menjadi tatapan setiap hari,
ada yang ikut negeri,
bak kata nyanyian M.Nasir dan Mawi,
"yang tulus,yang mulus"
yang TELUS&TULUS.
Cuba bawakan satu untuk kami,
cuma seringgit je!

haa,cuba teka ape jawapannya?
mesti korang terkedu tengok soalan ni haha.

waktu ni la aku dok pikir2 mende la yang harga seringgit tu..
pastu tiba2 ayah aku dapat jawapan dari orang lain,
dalam hati cerdik sungguh orang yang dapat jawab ni,
tak penah terpikir pon ni jawapan dye.

kalau korang nak tau penat aku pusing kedai cari benda alah ni,
last2 jumpe jugak kat kedai cina..
aku pon selamba la keluar kedai tu dengan gumbira sambil menayangkan benda ni.

tiba-tiba,
semua geng baju kuning yang nampak terus berpusu-pusu masuk kedai tu..
haha lawak pulak tengok dyeorang lari2 berebut nak beli benda alah ni.
hoho untunglah orang cina tu ade jual benda tu,
memang laku gaya macam jual pisang goreng panas.
dah memang rezeki dye...

ni semua sebab soalan tu punye pasal.

haha kalau anda semua bijak apakah jawapannye ??

oke,see you next entry;)

p/s: kalau korang perasan,aku dah sorokkan followers aku
sebab macam beratkan page aku nak loading je.
so,siapa yang ikhlas nak follow aku silakan..tadakk hal la