February 26, 2011

covergirl DARA.com ! wuhuu :')

hai assalamualaikum :)))
apa perasaan korang klu terpilih utk covergirl dara.com?
bangga tak?bangga tak?
OMG i cant believe it haha !
ni adalah covergirl dara.com untuk isu bulan mac 2011 :)

Linda : cintai bidang landskap

haha yang sebenarnya aku tak percaya yg aku dah terbeli majalah dara.com..
aku takde lah minat sangat majalah ni.
tapi waktu kat kedai buku semalam aku dah tak tau nak beli pe.

First pegang majalah SOLUSI,"eh?ni macam dah baca je..letaklah balik"
then aku nampak majalah PC,apa lagi sambar je la.
pastu nampak majalah REMAJA,"nak beli ke tak,beli ke tak..tak jadi la"
akhir sekali nampak majalah DARA.com,takde pilihan beli je la.
ingatkan RM 4,bila bayar harga semua RM 9.80 kupang.
haha nampak sangat tak ambil tahu ,
memang tak pernah beli pon..

tapi masa aku belek-belek buku ni,tetiba aku terjumpa
satu page yg sangat menarik :)

dah enam kali bukak baru terperasan page ni :D

apa yang menarik :
Anda semua pasti tidak rugi apabila mendapatkan isu ini.
Ayat-ayat cinta yang bakal diberikan kepada anda semua pasti
akan membuat anda semua jatuh cinta dan dalam masa yang sama
lebih mencintaiNYA.
Jadi,tunggu keluaran isu Mei kerana Dara,com
akan memberikan info yang luar biasa.

jadi,jangan lupa :


ahaha macam promoter pulak..

aku berminat nak beli isu Mei je sebab Dara.com akan
membuat satu kelainan sempena ulang tahun kelahirannya yg ke 9,
pada masa yg sama ulang tahun kelahiran aku pun bulan mei jugak!
Nur Kasih the movie pon keluar bulan mei :)

haha.
oke,see you next entry.

hidup sebagai G~U~R~U

Hidup bergelar guru bukannya mudah,
Setia mendidik anak muridnya tak sudah-sudah,
Mereka tak kenal erti penat dan lelah,
Walau terpaksa menanggung susah dan payah
Inilah istimewanya hidup sebagai guru :)
Kali ni tugas aku lebih mencabar tapi aku suka.
Kitaorang kena pegang 1 kelas dan bebudaknya lemah sedikit.
Aku memang bersemangat nak ajar diaorang ni tp bila
tengok diaorang memain aku jadi tak semangat dahh.
kan best dapat murid2 yg macam ni........

"assalamualaikum semua !".
"waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh Cikgu Hana !".
"Ok,boleh duduk semua".
"Terima kasih cikguuuuuuuu",kata murid-murid tersebut dengan bacaan sepanjang 8 harakat.

-------------------------------

ahhhhh..mimpilah aku nak dapat anak murid yang dengar kata macam tu..
tapi takpe asalkan diaorang comel dah cukup gembira hati aku ahaha.
semalam hari jumaat,hari yang indah.

alahai comelnye :D


comel jugak :D

okay,ni ada  alkisah seorang budak..
sedang aku mengajar mereka perkataan ABC,tiba-tiba...

||
||
||
||
||
\/

seorang budak berlari meluru ke pintu.

SCENE 1
"Haa,awak nak pergi mana tu?".
"Cikgu,abang nak pergi minum air jap".
"Haa,pergilah."
Tak sampai 1 minit budak yang menggelarkan dirinya abang sebentar tadi
masuk dengan muka yang sedih sambil menangis dengan menutup mulutnya.
(hishh,ni yang aku tak suka tengok ni..asyik-asyik menangis je dia ni)
"Ni kenapa pulak ni?".
Dia pun tunjuklah mulut dia yang penuh dengan DARAH tu.

Ceh,aku pun buat-buat la terkejut sambil membuat mimik muka"eee,darah???????".
padahal aku steady je waktu tu..wahahahahh :D
aku tanya la dia,"Sape yang buat awak ni?",dia jawab"Haziq".
aku pun balas,"ooohhhhh".

aku pun sambung balik,"Macam mana boleh sampai berdarah?Dia tolak awak ke?".
"Tak,abang yang langgar dia tadi".
dalam hati aku berkata,(lahhh,memang tak heran le bibir kau berdarah cik adik ooiiiiiii, apa la ).

lepas tu dia menambah lagi,"tadi abang bongga kat dia cikgu".
"Hahhh??Abang bonggol dia?",aku dah pelik benda pulak dia cakap ni?
Dia terus senyap tanpa memberi sebarang reaksi sambil memandang muka aku dengan mata berkelip.
(apahal pulak budak ni?pe pulak bonggol nye..bukannya dia bawak kete pon)

aku pun tanya lagi,"Abe cakap ape tadi?Cikgu tak berapa dengar la.Abe bonggol dia ke?".
Dia geleng.(Ohh,aku salah dengar rupanya,aku rasa macam nak gelak pulak haha.)
Aku pun flashback lah balik benda pe dia cakap td ek??
"Tak,tadi abang lari kat dia la cikgu.Bongga,bongga".
Ohhh,lari rupanya !punya la berkerut dahi aku pikir benda pe la dia cakap tadi..
baru la aku tau bongga tu maksudnya lari..cakap kelantan dengan aku memang le aku tak paham..
even orang cakap jawa pun aku tak berapa paham,sikit-sikit boleh le:)))
tapi kalau Khairul Fahmi cakap ngan aku maybe aku paham kot hahah.
kalau ada amalina boleh la jugak dia translate kan kat aku..ish3

SCENE 2

"Eh?Ilmi comel la hari ni",kataku lalu Ilmi tersenyum tersipu-sipu tak berapa malu.
Tiba-tiba ada orang menyampuk,"Cikgu,abang pun comel jugak!".
Aku terus pandang dia dengan muka pelik seraya berkata,"Abang tak comel langsung".

Lepas tu dia terus masuk bawah meja sambil merengek dan menangis.
"Eh?eh?abang kenapa?ada orang buat abang ke?".
"Uwaaaa!cikgu buat abang!Nanti beritahu ibu!".(adoi,dia main perkataan ibu pulekk)

aku pun cakap le,"Mana ade cikgu buat abang,abang yang nangis sendiri.Tadi cikgu bukan
cakap abang yang tak comel,cikgu cakap orang lain..awak tu yang perasan.Kan?Kan?",
kataku sambil bertanya kepada budak-budak lain.Diaorang semua angguk tanda setuju.
Hahah bagus betul diaorang ni..
pastu dia pun bangun sambil mengesat air matanya.Huh,lega----'

Aku ni memang suka sakat dia.Usik sikit je dah menangis..
Bila time dia nangis aku pun buat 'cerdik' je la,malas dah nak pujuk hakhak.
Tp bila dia guna nama ibu,aku pun buat2 pujuk huahua..



oke,see you nesxt entry:)



 

February 21, 2011

;( :( ;) :)

salam.
lama sudah ku menyepi kerana
aku pergi ke Perak lagi untuk berjumpa sanak-saudara..
best tu memang best le.
dah lah jauh perjalanan,tidur je memanjang hehe.
di tengah kesibukan ibu kota ahaha :D
fuhh rumah ni penuh Vantage,Vantage,Vantage.
tapi asli atau tiruan,wallahu'alam :)
of course yg asli kutt.
alahai comelnye mereka ni..besar dah pon dyeorang.

haa,semalam aku baca blog kawan ku Miss Soulfighter,
wahhh dye dah nak fly ke Korea bulan mac ni..best..best..best.

aku?
arggghhh dah terlepas.
nak buat macam mana tengah periksa :(
tapi its okay.

gambar ini ditangkap oleh adek aku waktu tahun lepas..
aku dah bulatkan perkataan Seoul
tu jadi besaq gedabaq punya tapi kalau tak nampak jugak
tak tau le nak kata ape dah.
 adek aku cerita Korea best rasa macam nak pergi lagi..
cehh saje buat aku jeles.

tak dapat pergi Korea pon takpe lah,tapi aku dah ade destinasi pilihan.
okey lah,see you next entry.

oh by the way,happy birthday Raby.
semoga Allah sentiasa bersama kita semua:)

February 16, 2011

NUR KASIH the movie in cinemas on 19th May 2011 !

salam
sebelum tu,korang kena tengok dulu trailer nur kasih the movie ni..
serius kena tengok,
confirm korang akan woahhhhhhhh !
apa dah jadi ni ?
terperanjat sambil ,membeliakkan mata sebulat-bulatnya~
menangis aku tengok video nihh :''( tskk..tskk

aku rasa movie kali ni lebih best dan mantoppppp !
thumbs up Kabir Bhatia :)
nantikan kemunculannya pada 19 Mei 2011.
trailer nye macam ada gaya My Name is Khan punye movie sikit2..
kalau sebelum ni menang drama terbaik,lepas ni boleh menang filem terbaik.
perghhhhhhhhhh.

p/s : credit to mr.F for this information.

February 15, 2011

jantungku berdegup kencang

salam pembaca sekalian:)
sekarang dah 12 rabiulawal atau dalam kalendar masihi 15 februari.
12 rabiulawal adalah tarikh yg sangat istimewa
iaitu kelahiran nabi junjungan besar kita yg sangat dikasihi
Nabi Muhammad S.A.W.
allahumma solli 'ala saiyidina muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasallim.
okey tinggal lagi 15 hari je nak masuk bulan tiga dahh.
korang sedar tak ?
wake up lah guys ! ngeh*
haiya,cepat betul masa berlari.
termengah-mengah aku mengejarnya..
nak nangis la gini:'(
yg dikejar tak dapat ,yg dikendong berciciran.
habis berterabur tulang2 otot.
eh?betul ke peribahasa tu?

haa,kepada calon yang bakal mengambil UPSR,PMR,SPM..
anda semua dah sedia ke?
aku dah lepas hahah.

tapi
aku tengah berdebar-debar jugak sekarang ni.
kerana apa ?
bak lagu siti,biarlah rahsia..
ahaha tiba-tiba pulak nak berahsia.



aku tengah memikirkan tentang masa hadapan ni..
merancang boleh tapi menilik jangan !
sesungguhnya manusia hanya mampu merancang Tuhan saja yg menentukan.


this is candid picture,comel tak?
maksud aku,comel tak aku tangkap..?ngehhehe.
dua orang tu memang comel tapi aku tak pon..
kawan-kawan,happy2 jugak tapi macam mana kita lepas ni ye?
Ya Allah tentukanlah sebaik-baik kesudahan kepada kami.
kurniakanlah kami kejayaan yg cemerlang di dunia mahupun di akhirat.
amin.
good luck to everyone.


p/s : apasal terasa macam koya sedikit post aku kali ni ekk? btw,anish thanks for sharing ur tips..sangat bermakna:)

February 14, 2011

hari istimewa

hai assalamualaikum :)
first of all,tau tak hari ni hari ape ?
emm tu tak penting,
yg penting tau tak hari ni berapa hari bulan ??
tau tak ?
tipu la kalau anda semua tak tau :P



||
||
||||
||||||
|||||||||
||||||
||||
||
||
||
||
||
||
\/

(eh macam menara kuala lumpur pulak dahh hehehe)
sempat lagi main-main ekeke*

||
||
||
||
\/

kalau korang nak tau,


hari ini ialah 14 FEBRUARI 2011 !
that means,


hari ni ialah hari kekasih .

paris adalah tempat sesuai utk pasangan bercinta.
(wekk :P)
aku ngan adek aku dah tersasar ke Paris jugak waktu
kiteorg pergi UK and Sydney tu..

well,hari ni ialah 14 Februari dalam kalendar Masihi
tapi
merupakan 11 Rabiulawal dalam kalendar Hijrah.

jadi esok kita bakal menyambut Maulidur Rasul !

kalau sebut pasal Maulidur Rasul memang tak asing dengan aktiviti
perarakan beramai2 sambil berselawat kpd junjungan besar Nabi Muhammad.
tapi sedar tak kita berapa ramai yg betol2 menghayati tentang hari
kelahiran nabi kita sendiri ?

tapi zaman skrg lain,zaman moden serba canggih.
hal berkaitan agama seakan diketepikan dan semakin dilupakan..
tak macam zaman dulu kala,
hal agama adalah yang utama.

kalau kita tengok pemimpin dulu2,
sultan atau pembesar merupakan org yg hebat dalam bidang agama.
tak perlu pikir jauh2 cth nya sejarah melayu kita
waktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
dari zaman Parameswara sehingga zaman kegemilangan Kesultanan Melaka
semua menitikberatkan soal agama.
tapi sekarang ?

sebab tu kita kena menghidupkan kembali perjuangan nabi yg terdahulu
dgn mengamalkan sunnah-sunnah nya..
dan yg paling penting banyakkanlah berselawat untuk Nabi :)
insyaAllah.


yang sebetulnya ini :)

 sekali-sekala macam 'berceramah' sedikit apa salah nye kan ?
okey,see you next entry.
just a simple short post today.
salam maulidur rasul:)

February 13, 2011

Bacalah..membaca itu jambatan ilmu

hai apa khabar semua ?
entah mengapa,aku dah rasa malas sgt2 nak update blog..
sekarang dah masuk bulan 2,sedar tak sedar dah nak masuk bulan TIGA !!
haiyaahhh *-*
cepat sungguh masa berlalu lantas mengingatkan aku,
"apa lah yang aku dah buat selama aku kat dunia ni ekk ?"

aduii,aku dah tak boleh nak main2 dah,
banyak benda lagi perlu diselesaikan buat masa ni.

sekarang masa utk menambahkan ilmu,mantapkan pemikiran
dan memperbanyakkan amalan :)
dunia ni sementara je,yang kekal adalah akhirat..
ye,aku sentiasa akan ingat ayat tu terutama bila aku dah leka..

jadi sementara hayat masih dikandung badan,
sementara kesempatan masih ada,
insyaAllah aku akan gunakan sebaik mungkin hehe.
tapi aku ni pon manusia biasa jugak
kadang2 ingat,kadang2 lupa.
tu la,makan maggi banyak sangat kot..kuikui

jadi bila dah lupa,kena la banyakkan membaca ;)
betul tak kawan-kawan ? hehehe.


antara buku yang wajib dibaca:

kawan aku cakap buku ni best,aku pon tak tau tentang kewujudan
buku ni kat rumah aku hahah..
dan aku terlupa untuk meminjamkan buku ni kepadanya.
tapi buku ni banyak siri,tak tau la
kalau2 ada siri yg best and sebaliknye.
buku ni bagi aku bolehlah.


ye,janganlah kamu bersedih..senyumlah selagi mana yg kamu mampu:)
buku ni best kot sebab aku tak baca lagi sebenonye,
belek-belek je baru haa..
buku ni yg Cikgu Syuhada tunjukkan pada Irham dlm filem Syurga Cinta tu.

haa,yang ni serius anda semua tak menyesal bila baca.
buku ni sangat membuka minda,mata,telinga,kaki dan semua lah haha!
okey2,buku ni sangat bagus untuk membentuk minda yang hebat lagi superb.
anda pasti terpegun apabila membacanya.confirm.

 dan sekarang aku tengah busy baca buku ni.
PMC stands for Pusat Memandu Cemerlang..hikhikhik
aku rasa aku antara yg ketinggalan zaman sebab
orang lain dah dpt lesen and dah boleh bawak kereta,
aku ni pulak baru nak mula.
takpe2,aiman tak kesah.



apa motif aku letak pic ni ?
oh,gambar tersesat rupanya.
sambil membaca sempat lagi berblogging.
inilah yg dikatakan sambil menyelam minum air :P
eee,YUCKS.
habes dah tertelan air kentut orang hahah.

ish2,astaghfirullah.

satu,dua,tiga senyummmmmmmmmmmmmmmmmm~
from left : me,myself and I
huahuahua.
haaa,kan dah start merepek,
ni mesti sebab makan banyak sangat kerepek.


okey lah,see you next entry.
penat dah menaip.

February 9, 2011

feeling good with NUR KASIH~

bila cinta bertasbih.
eh?tiba-tiba pulakk..
bila malaikat maut datang menjemput
terpuruslah amalan anak adam
kecuali ilmu bermanfaat,sedekah jariah dan doa anak yg soleh..


actually aku rindu nak tengok cite nur kasih kt tv.
walaupon dah berapa kali aku habiskan menonton cite ni kat laptop
tp tetap nak tengok live kt tv.
oleh kerana terlalu macam sangap cket dgn cite ni jadi
aku nak letak gambar byk2 pasal pelakon nur kasih kat sini ,
biar ada feel sikit :) :'D
korang layan je la ekk



tapi sebab aku rindu kat cite ni bukan kerana sang arjuna hati,
hero jejaka idaman malaya ke hapekebenda la semua tu..
iaitu Remy Ishak yang hensem lah kononnye~
bagi aku biasa je ni haha.


tapi sebenarnya aku rindukan lakonan si cantik manis Tizz Zaqyah.
kan best kalau dia betol2 bertudung..
so sweetttttt you know.
macam aku,ngeh *-*

comel tak?comel tak?

dan yang terbaru dia berlakon dalam cerita Gemilang,
arahan Kabir Bhatia jugak..
aku suka cerita ni,sebab dialog nye best !

alala..tak sweetnyeeeeee..hukhuk.
inilah pasangan terbaik kat dunia .
eh?nope2.
nabi muhammad dan siti khadijah adalah pasangan  terbaik kat dunia
yg patut kita contohi :)
kalau betol la diaorang bercinta,aku doakan diaorang
kawin la cepat2.


oke,tudung nihh.
aku kenal sangat tudung ni sebab aku pon ade jugakk..
sejibik sejibon haha!
alahhh,ape la nak dibanggakan sangat hehe~

yang ni dalam Nur Kasih the movie,ade si comel mia sara =))
she's so cute and now she is 6 years old..
fanpage dia kat fb dah 40 K orang like !
wow.

comel.
lagi comel.

cuba amati gambar ni betul2 :P
OH MY ALLAH,she's so cute !
eh?orang yg tengah pegang mia sara tu muka dia
macam kawan aku lah !
wahaha..i like this picture..this is pretty good.







okey THE END.

aku harap Mia Sara Nasuha membesar utk
menjadi orang yg berguna kepada bangsa dan agama..

p/s : bila Nur Kasih the movie nak keluar ni..tak sabar nak tengok.maaf ye kalau entry
kali ni melalut lebih sebab nak feeling2 cerita ni sebentar huahua.
      

February 5, 2011

blog ohhh blog

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
tak jawab berdosa tau heheh :)

anda semua perasan tak sekarang ni dah ramai orang ada blog ?
blogger famous pon dah makin banyak..
kalau dulu apa2 mesti facebook..
termasuklah nak promote barang2,nak jumpa kawan lama,fanpage,dan sebagainya.


tapi sekarang,
blog pon dah semakin glamour di kalangan kita..
dengan facebook kita boleh buat duit,
dengan blog kita boleh jadi kaya..
macam jutawan internet yg terkenal IRFAN KHAIRI 
itu memang tak dapat dinafikan tapi segalanya
bermula dari bawah bukan sekelip mata kita boleh jadi kaya..
ohhh tidak2.
tapi cuma usaha kena lebih sikit..
sama juga orang nak jual barang2 tak perlu beli kedai pon,
ade blogshop pon dah cukup sebab sekarang ni dah ramai
yg suka online shopping..macam mak aku hehe.

tapi bila dah ade blog rasa macam malas pulak nak update.
aduhh,tu yg susahnya.
tapi betul kata SISSYIRA bila kita dah berdomain,kita akan
sentiasa terasa nak update blog sebab benda tu dah dibayar,
kang membazir pulak kalau tak guna..
thanks syira di atas segala info tentang tips2 nak berdomain ni.

tiba2,aku pon rasa macam nak ada domain sendiri,
sebab macam nice je.
hummm.

p/s: masa tengah update blog ni,aku tengah bukak lagu putus by melda ahmad..wow,dah beratus
       ribu orang yg view video dye tapi still tak dapat nak kalah dgn maher zain yg dah berjuta-juta tengok.

maher zain memang terkenal pon:)
tak kesah la kalau dah berjuta orang view.


okey,see you next entry.

February 4, 2011

entry khas untuk semua.

こんにちは皆!
apa khabar semua orang hari ni ?
mentang2 aku cuti boleh la update blog dengan lebih kerap.hehe.

ehm,korang ingat lg tak pasal entry yg aku post
bulan lepas tentang budak2 comel lotte di SINI.??
okey,aku rase ini masa yg sesuai kot nak masukkan gambar tu
sebab kawan aku dah lame tunggu bile la aku nak upload pic tu..
hehe sori sy buat awak semua tertunggu2^-^


actually aku ni takde la terror sangat mengajar dyeorang ni,
cuma nak ambik pengalaman,tu yg penting kannn.
lagi2,aku ni dah la tak pandai sgt nak ajar orang,
ditambah lagi budak2 nya dah la nakal,mulut bising gila
macam ape nasib muka je comel hahah.


 dyeorang ni suka sgt maen plastisin..
kununnye nak berasa main PLAYDOH kott.kuikui.


ambik turn,jangan berebut2 ye :)


kepak2,kepoom2..
*kompang dipalu pengantin baru*
ekekeke :P



* wink wink *
gambar ni ade masalah sikit hehe.
saya suka dua beradik ni:))
mana comel adik atau abang ?

ahh,adek aku lg comel.
*-*


alolo.. tom.. tom..tommmeynyeeeeeeeeeeeeeee~

!!
!!
!!
!!
!!
\/




 eh?eh? aku maksudkan tomeynye tomyam ni
nampak sedap je :p


hehe,gurau2.
memang comel pon dye..
dah la peramah,baik pulak tu.
eh,tak boleh puji lebh2 nnt tuan punye bdn kembang kempis.

ni pon comel jugak..tiga2 anak cikgu.


asyik2 gambar anak murid je.
cikgu pon nak bergambar jugak.kehkeh.







ohh ye,smlm gi surau tiba2 jumpa kwn 1 batch ngan aku,
dye kerja kat taska skrg ni..

                 kawan : macam mana kerja kat pasti ?
              aku     : ehm,okey je.Kat taska macam mana ?
              kawan : hahh,lagi OKEY !

pehhh,ayat dye bukan main bangga lg ahah.
dah lah serentak jawab..
nadia skrg tinggi giler macam model ! jeles ney.


oke,gambar aku takde pon dalam ni yehh.
ni semua kawan2 aku ni..
aku tak comel,aku tak cantik,aku tak cun
tapi

aku HANDSOME lah babe.
seriously klu tak caye tanya kawan aku,
dye kate aku kacak,macho macam jejaka idaman kat luar sana.
time study mesti dye kena pandang muka aku kononnye
nak bagi semangat le. 

hapekebenda la..


oke,cukuplah sampai sini.
see you next entry :)
assalamualaikum.