March 31, 2011

Huru Hara HARI KIAMAT

assalamualaikum semua :)
hari ni aku nak berkongsi dengan korang satu hadis yang aku baca
dalam buku yang bertajuk 'Huru Hara Hari Kiamat ' karya Ibnu Katsir..
buku ni best la jugak sebab isi dia sangat mantopp dan boleh membuka mata,hati,dada,limpa,jantung,hidung,telinga dan semua lah yang membacanya haha.

okay,tak mau melalut dah straight to the point.(hayati betul-betul hadis ni)

Al-Bukhari pernah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah S.A.W
"Takkan terjadi kiamat sehingga ada dua pasukan besar berperang.Pertempuran terjadi di antara kedua-duanya demikian sengitnya padahal pengakuan masing-masing sama.Dan takkan terjadi kiamat sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta hampir ada 30 orang jumlahnya,masing-masing mengaku dirinya utusan Allah.Dan takkan terjadi kiamat sebelum dicabutnya ilmu,banyak terjadi gempa bumi,waktu berlalu cepat,huru-hara bermaharajalela dan banyak terjadi rusuhan iaitu pembunuhan.Dan takkan terjadi kiamat sebelum harta kamu melimpah ruah maka sehingga dia menawarkannya maka orang yang ditawarkan berkata,'Aku tidak memerlukannya'.Dan takkan terjadi kiamat sebelum manusia berlumba membina bangunan yang tinggi.Dan takkan terjadi kiamat sebelum seseorang melalui kubur orang lain lalu berkata,'Andaikan aku menggantikan tempatnya'.Dan takkan terjadi kiamat sebelum matahari terbit dari barat.Apabila matahari telah terbit disaksikan manusia maka mereka semua beriman tetapi di saat itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya yang sebelumnya tidak beriman ataupun berbuat baik selagi telah beriman.Dan sesungguhnya kiamat benar-benar terjadi.




aku tau hadis ni panjang sikit..
tapi tolong ambik masa sekejap untuk membacanya
because it is so meaningful kawan-kawan.
okay,aku chaoooouuuu dulu babeh.ngantok daaa+___+

March 30, 2011

29th Birthday Giveaway by aNiM !

salam.
aku nak join giveaway dari kak aNim..
first time ohh aku join giveaway ni.

before I get started,
"happy 29th birthday to kak aNim!"
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu:)

okay,
kalau join giveaway atau contest mestilah kena ade banner kan..


~banner GA yang comel~


kalau nak tengok syarat penyertaan boleh klik SINI



lastly,aku nak tag :



aku tak mengharap sgt la dapat GA ni,kalau murah rezeki dapat la
dan syukur alhamdulillah
tapi
kalau tak dapat,its okay..aku sekadar mencuba je:)

March 29, 2011

sampai hati kau buat camni kat aku :'(

yes.
i am so upset now.
tak sangka dia wat camni kat aku..
aku sedar aku sape..aku tau aku tak sempurna
tapi
aku ade perasaan jugak lah weh.
:'(
kenapa kau buat camni?
kenapa??
argghhh.




kenapa kau buat camni kat aku,









MR NUFF...?
aku tau la blog aku tak sehebat blogger tegar yang lain..

tskkk..tskkk

tadi aku bukak akaun nuffnang aku,

aku dapat ni..




this week*


last week*


kalau tak nampak sila klik untuk penjelasan yang nyata.sekian.
erk?kenapa ramai yang nak search gambar epal?
mungkinkah kerana cik epal buat contest 'an apple a day keep the doctor away'?


p/s: aku rasa macam nak buat GA je.
tiba-tiba*
haha entri aku macam takde kaitan dengan tajuk lah..


March 27, 2011

ENTRI ape ni ?

everyone wants the best in their life..
aku pon nak jugak weh.
tapi manusia hanya mampu merancang kerana Tuhan shj yang menentukan.
because Allah knows what is the best:)
mungkin hari ni kita sedih tapi esok2 kita akan gembira~
who knows ?

tadi aku pergi usha the world best university kat google..
kononnye berangan la nak masuk top universities kat dunia ni,
cam best je..ye la siapa tak nak kan ?
berangan kat depan laptop memang best sambil tersenyum sorang2,ahah.
tapi tinggi mana pon kita belajar,
kalau bab akhirat kita lupakan tu namanya mahasiswa mengong.huahua
so kena ingat dunia adalah ladang bercucuk tanam utk akhirat.



okay,the truth is tadak satu pon universiti kat malaysia ni yang
tersenarai dalam 2011 top hundred universities in the world..
even sekecik2 singapura pon ade la jugak tersenarai dua biji universiti
di rank ke 30 and 73.wow malunya gua.*___*(gua Niah la bukan aku,haha)
and harvard university still the best university in this world.wuhhhuu~

so if i had a chance to abroad my studies in oversea,
i would choose this university..

err..tau tak u ape ni ?kalau korang tak tau lagi bagus..
dulu aku pernah terpikir nak ambik engineering sebab aku minat jugak sikit2
lagipon aku dah ade geng tapi bila aku pikir balik
tak kan aku nak jadi engineer kot bila dah graduate nanti.
aku pon berubah kepada impian asal aku iaitu untuk sambung bidang seni bina.
and my friend aka the 'geng' said to me,

"ha..bagoslah kalau macam tu,nampaklah ayu sikit"
(thanks kawan..really appreciate it:D)huahuahua

tapi
orang cakap bila dah graduate nanti susah nak dapat kerja,
itu orang cakap dan aku malas nak ambik peduli.
ohh entri apekah ini ?



okay,see you next entry.

March 26, 2011

turn over a new leaf :)

salam dan selamat pagi semua..
sejak hari rabu hari tu,aku rasa dah malas nak update blog.. :]
 arghh ! rasa macam nak stop berblogging pon ade *sigh
kenapa ye ?
ehmm,biarlah rahSIA..


tapi memandangkan hari ni merupakan hujung minggu,aku gagahkan jua untuk menulis entri baru setelah 3 hari ____.
tadi aku bukak facebook profile ayah aku..dan ade satu benda menarik
yang ayah aku post iaitu :
"RARE EARTH sekarang di kuantan!"
hah ? rare earth ? mende gok rare earth tu..kalau ikut translate cara melayu bumi jarang..itu ikut translate cara aku la..hahaha(al-maklumlah im not good enough in english yaww..ekeke:D)
so,aku pon google pasal rare earth kat internet.
benda ni dah lama sebenarnye tp aku tak pernah tau pon..
dan bila baca blog INI,ade satu benda menarik yg aku suka kat dalam blog tu :)

aku tak tau sebenarnya ape kegunaan rare earth metal ni..
tp rare earth yang nak dibina kat Gebeng,Kuantan adalah projek dari Australia..
jadi siapa yang duduk kat kawasan berdekatan gebeng dan kuantan,
jaga-jaga lah ye,jangan jadi macam kat jepun baru-baru ni..


ohh ya,now i iam struggling hardly to turn over a new leaf..
p/s: jom kita lebih mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta.



okay,see you next entry:)


March 23, 2011

arggghhh...

arghhh.
arghhh.
arghhh.
arghhh.
arghhh.


||
||
||
||
||
||
||
||
||
\/




AAAAAAARRRGGGGHHHHH  !!!!!

huaaarggghhh.


penatnye~





nak pi tido lah...


bai bai everybody:)
good night sweet dream !
hahaha.

March 22, 2011

good luck to all SPM candidates 2010~

esok adalah hari rabu..
esok adalah 18 rabiulakhir..
esok adalah 23 mac..
esok..esok..esok
keputusan SPM(Sijil Paling Mudah) akan dikeluarkan di sekolah masing-masing.


waaaaaaaaaa excited giLERRRR ! :DDD
tak sabarnyee,yeay!yeay! \(^_^)/[trademark amanda hahah]


||
||
||
||
\/


Gulpppp~
(air yang tenang jangan disangka tiada buaya darat)
gugup jugak rase +___+




ke mana arah tuju kita ekkkk???
hehe kejayaan atau kegagalan anda yang tentukan.

(harap-harap macam tu la :)


walaupun SPM penting tapi aku yakin SPM bukan penentu segalanya~
banyak lagi yang perlu dilalui dan ditempuhi..
okay lah,aku harap semua 06-10 batch berjaya dengan cemerlang dalam SPM.
~amin~


March 20, 2011

wajib baca ni ! : orang KURUS selalu rugi....

salam semua and good morning everybody !
anda gemok?
anda gedempol?
anda tembam?
mahupun berisi or chubby2 gitu ?
usah risau..





sebab anda sangat COMEL sebegitu..
(pada pandangan mati hati saya hahah dan mungkin orang lain juga ?)





pada pendapat aku sekarang ni ramai orang berlumba-lumba nak jadi kurus sebab nak nampak cantik sehingga diet tak tentu pasal..mereka skip makan pagi,tengahari atau makan malam untuk mengurangkan pengambilan makanan supaya dapat mengurangkan berat badan..ada juga yang sanggup ambik pil kesihatan atau pil untuk kuruskan berat badan walaupun harganya mahal asalkan mereka mampu kelihatan lebih kurus. dan ada juga yang mahu kelihatan kurus hanya semata-mata untuk LELAKI ?(huh?)ya memang diakui ada lelaki yang kurang suka perempuan gemok dan bila dia tengok makwe dia berisi sedikit,dia kurang suka selesa dengan bentuk badan sebegitu dan memaksa makwenye untuk kurus.(nasihat aku,korang tinggalkan je la laki yang macam tu..er hello?cinta bukannya hanya pada paras rupa oke?cinta yang sejati adalah melalui peribadi dan akhlak yang baik..)ataupun ada juga perempuan yang berisi bila tengok pakwenye lebih kurus daripadanya,maka dia terasa dia kurang sesuai untuk pakwenye itu lalu mengambil langkah untuk menguruskan badan supaya mendapat bentuk badan yang lebih ideal..oh please !


jangan memaksa diri untuk KURUS!
kalau anda betol-betol mahu kurus,haruslah kena pada langkahnya..bukannya seperti langkah yang di atas. korang boleh kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan melebihkan pengambilan sayuran dan juga buahan..dan satu lagi daripada korang ambik pil baik korang bersenam kan elok untuk jantung.


tapi
sekarang ni jugak ada orang yang kurang suka dengan bentuk punggungnya yang beSAR GILERRRRRR..
okay aku ade baca kat berita harian online,fakta ade mengatakan wanita yang mempunyai peha yang besar dan juga berpunggung besar mempunyai risiko yang kurang untuk diserang sakit jantung dan penyakit kencing manis sebab lemak di perut berbeza dengan lemak di punggung..jadi tak perlu risau lah.
dan satu lagi pernah tak dengar perempuan yang berpunggung besar lebih senang untuk melahirkan anak berbanding perempuan kurus yang berpunggung kecil..
lagipun aku tau spesis lelaki sekarang ni suka perempuan yang berpunggung besar hahah tak payah la nak berdolak dalih.

sebab tu tak payah la berlumba nak jadi kurus,orang kurus selalu rugi.kalau nak makan pon kena berkira-kira nak makan ke tak,nak makan ke tak..pastu bila nutrien kat badan dah hilang sebab asyik skip makan je mulalah jatuh sakit..bila dah jatuh sakit kan dah susah..bak kata pepatah arab 'mencegah lebih baik dari mengubati'..
tapi janganlah pula terlebih makan..makan sekadar yang mencukupi seperti yang disarankan Nabi berhenti sebelum konyang okeh.






okay lah,see you next entry:)

March 19, 2011

kelebihan menunaikan solat sunat dhuha~

Diriwayatkan oleh Tabrani,Rasullullah S.A.W bersabda:
Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

antara kelebihan menunaikan solat sunat dhuha ialah:
  • Rasulullah S.A.W telah bersabda : sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha setiap hari nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walau sebesar buih di lautan.
  • “Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara supaya aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
  • Seperti yang kita tahu solat sunat dhuha merupakan pintu rezeki dan menjauhkan kita daripada kemiskinan.Seperti dalam firman Allah yang bermaksud : Dan didapatiNya engkau mencari jalan kebenaran lalu Ia memberikan petunjuk dengan wahyu Al-Quran.Dan didapatiNya engkau miskin lalu Ia memberikan kamu kekayaan.Maka janganlah engkau berlaku kasar terhadap anak yatim.Dan janganlah pula engkau mengherdik kepada orang yang meminta bantuanmu.Maka dengan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau zahirkan sebagai kesyukuran kepadaNya.(surah adh-dhuha ayat 7-11)

Doa sunat Dhuha:
Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
keagunganmu itu keagunganMu,keindahanMu itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah ya Tuhanku,
jika rezekiku masih di langit maka turunkanlah dia,
jika rezeiku di dalam bumi maka keluarkanlah dia,
dan jika rezekiku sukar maka permudahkanlah dia,
dan jika rezekiku haram maka bersihkanlah dia,
dan jika rezekiku jauh maka perdekatkanlah dia dengan berkat waktu dhuha
keagungan,keindahan,kekuatan dan kekuasaanMu,
Engkau limpahkanlah kepadaku seperti mana yang Engkau telah limpahkan kepada hambaMu yang soleh..



semoga Allah melimpahkan rezeki yang halal kepada kita semua..
jadi marilah kita bersama-sama mengamalkan solat sunat dhuha:)

BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

Hi Abang Ben ! peaceeeeee yaww~

assalamualaikum semua!
wahaha,aku tak tau nape hari ni terbukak pintu hati nak join segmen ben ashaari..
FIRST TIME dehh aku join ni,mungkin disebabkan aku betol-betol ikhlas sayangkan blog ni kot :) yes i really2 meant it..nak tau blog sape ? heeehe...

||
||
||
||
||
||
||
||
||
\/

okay blog yang paling saya SUKA dan KAGUM ialah :



tahniah,tahniah.
give her a big applause:)



1.  Yes,saya suka sangat blog ni sebab :
  • blog ni sangat best dan comel sampai menang sebagai Blog Pilihan Malaysia kategori wanita!
  • saya suka tengok kualiti gambar-gambar dia yang sangat cantik dan colourful..memang awesome lah ! 
  • blog ni meletup gilerrr sampai dah masuk banyak newspaper and magezines..dan paling best sekali dia dipilih sebagai covergirl Dara.com edisi Julai mungkin disebabkan penangan blognya yang famous.
buktinya: Irine,blog ibarat diari harian

2.  Okay memang saya benar-benar kagum dengan blog ni sebab pertama kali saya tau tentang blog ni bila saya baca majalah Remaja yg sy pinjam dari kawan ketika kami di KL Sentral dan waktu tu saya betol-betol tertarik dengan blog ni..balik je ke rumah terus saya bukak blog ni tau tak!(tapi macam tak cukup pulak bukti kekaguman sy ni..hehe)

3.  Saya dah mengikuti perkembangan blog ni sejak tahun lepas waktu bulan 6 kot tak silap..memang saya suka baca blog ni sampai kat makmal komputer sekolah pon saya bukak blog ni bila time free lah..

4.  Apa yang saya kenal kak Irine selama ni melalui penulisan dia la kan,saya rasa dia tu seorang yang manja kot..huhuhu,memandai je aku ni.Tapi yang betul-betul pasti,dia sangat minat warna pink.Dia pernah cerita tentang kegilaan dia dgn warna pink sampaikan brg2 dia prepare nak masok U pon hampir semua warna pink..ish3.Selain itu,dia lahir pada 3 September iaitu sama tarikh dengan kelahiran blognya..kak irine ade 5 orang adik-beradik dan dia merupakan anak bongsu..sekarang ni dia belajar diploma kat UITM Alor Gajah dalam bidang masscom;)sesungguhnya dia tu sangat comel tapi dia sudah berpunya..Kak Irine,nanti nak makan nasi minyak jangan lupe ajak saya eh;D 

5.  Ohh,kak Irine tak tau yang saya admire gile baca blog dia sebab selama ni saya hanya jadi silent reader je,tak pernah komen entry dia..lagipon blog dia famous apalah sangat nak dibandingkan dengan blog daku yang tak seberapa ni;(


huh,penat pulok menaip pagi-pagi buta gini..ngehngehngeh.
takpe,takpe demi segmen ni saya sanggup.

okay,soalan last : Jika diberi peluang bertemu dengan blogger tersebut , sila beri 5 soalan yang akan anda tanya kepadanya ?
aishh,macam susah sikit je nak jawab..boleh skip tak ? ahahah.


okay secara jujurnya bila saya dapat jumpa kak Irine secara live biar saya sendiri yang tanya kat dia..kata diberi peluang berjumpa,biar la saya tanya dia face by face je..mana boleh bagitau kat sini.kenalah rahsia.kata Jeng,Jeng,Jeng...mestilah surprise sikit.ahakssssss~

okay deal? (ecewahh)





okay,tu je kot..selamat membaca Encik Ben:)

March 17, 2011

P.A.R.A.H memang parah !

 salam semua dan selamat petang..
bertemu kita kembali dalam segmen ben ashaari..eh,eh,silap blog.hahah..
okay back to the topic,tetiba aku rasa rajin nak mengupdate blog hari ni..ohhoho \(-.-)/ seperti yang korang semua sedia maklum baru-baru ini kita digemparkan berita tentang gegaran 9.0 skala ritcher di Jepun disusuli kejadian tsunami yang sangat dahsyat..

ini apa yang aku dapat hasil carian di internet..

well,kalau korang tengok dekat dada-dada akhbar sekarang banyak cerita pasal bencana alam ini yang telah meranapkan seluruh bandar dan kampung di negeri Miyagi,Ibaraki,Iwate dan..dan emm tak berapa pasti lah..
sesungguhnya aku rasa sangat simpati dan sedih bila tengok kejadian seperti ini berlaku di Jepun. Semua orang tau yang Jepun merupakan sebuah negara maju di dunia dan bila kejadian seperti ni berlaku sudah semestinya akan memberi impak negatif kepada sektor ekonomi negara maju lain dan akhirnya menyebabkan ekonomi dunia akan merudum mungkin ?
well im not expert enough about world business or financial issues.

mengimbau kembali saat tsunami yang pernah berlaku di Acheh tapi kini di Jepun pula.


siap ade warning kat highway lagi~
wau..wau..wau..dahsyat~
tragiknyeee..maybe its look funny but its not.

okay,aku tau semua orang dapat mesej tentang letupan nuclear plant tu,dan aku pon dapat jugak mesej tu nak-nak waktu tu memang tengah hujan kat luar..

gambaran jelas*



huhh,memang PARAH kan..
EH?EH?COPP ! COPP ! tapi aku bukan nak cite pasal jepun sebenonye, tu hanya mukaddimah je..fuuhh punya panjang lebor mukaddimah aku hahah. okay
aku nak cite pasal aku memang tengah parah sekarang ni... :'( mehh sini jap,aku story2 cket. semalam masa aku tengah layan youtube,ayah aku bertanya kepadaku,
"kakak,have you been decided about your future studies?"(alamak,terkesima aku waktu tu huhu..)aku pun jawab le dengan senyum kambingnya,"hehe,dont know lah".
"kakak,SPM result is just aroud the corner.You must know what you want to take in the future.I dont want you take the wrong step.You must do the preparation now because the time is running out."

haha,macam lagu muse.okay..okay..sebenaqnye ayah aku bukan nye panggil kakak dan bukanlah nak berspeaking english pon dengan aku..aku je yang memandai-mandai tulis cenggitu.sudah,aku kena lebih seriussss lepas ni.. haduiii =.="

eh?blog aku masuk dalam majalah lah !




okey,see you next entry.


March 15, 2011

welcome back to Pulau Mutiara~

hai assalamualaikum :)))))
pagi tadi aku baru balik dari Langkawi..sangat penat tapi seronok.
this is my third trip there dan lepas ni kalau ade lawatan pergi langkawi lagi,
tak tau nak kata pe dahhh.
lebih baik duk sana lagi bagos aku rasa haha.
tapi kalau taun lepas aku pi sana naik keretapi,
kali ni aku naik bas pulok :).
wohoho,best jugak naik bas lagi-lagi time hujan memang syokk le.


memandangkan Langkawi ni terletak di negeri Kedah dan perlu melalui Kuala Perlis,
jadi kitaorang mengambil masa selama 12 jam untuk sampai kat sane.
macam biase la kalau naik train pon camtu jugak tapi specialnye
ade effect terlebih macam harry potter sikit lah kononnye huhu.
tapi naik bas pon seronok sama macam naik train :)

okay.
bila entry tentang aku punya trip,memang banyak la gambar aku letak.
kawan aku kata kalau boleh nak buat entry berepisod hahah..

cantik benor sawah padi kat kedah ni..hijau je,sedap mata memandang.
bila pandang sawah padi teringat cerita nur kasihh..

tetiba mood pinky;)
ni nak cite,tempat yang wajib pergi kat langkawi ni ialah Pekan Kuah sebab :
  • terutama untuk golongan ibu-ibu,memang tak sah kalau tak memborong pinggan,mangkuk,cookware, gelas,tea set,dinner set dekat Haji Ismail Group(segala jenama Vantage,Corelle,Luminarc memang patot dibeli..)
  • haa,yang ni budak-budak suka sangat bila sebut je coklat,emm yummy2..(coklat Daim,Hershey's,Toblerone,Cadbury dan macam2 lagi coklat dari Belgium pon ade juge)
ni dekat Cable Car Station..rasa tak macam duk kat malaysia

mak aihh..ramainya orang beratur ! aduhai...

tapi setelah menunggu dengan setia,dapat jugak masuk dalam..
lama betul menunggu,dah beruban janggut aku agaknya kat situ.
aku rasa dah banyak perubahan kat langkawi dari umur aku 12 tahun waktu
mula-mula pergi sampai lah sekarang.

maha suci Allah,cantiknye pemandangan laut tuu~
ditambah lagi kehijauan hutan tropika yang segar dan mendamaikan.

macam comel bila tengok kereta kabel tergantung sambil bergerak :)

bila dah sampai kat puncak,memang best sangat.
walaupun cuaca panas tapi angin sejuk bertiup sepoi-sepoi bahasa
menambahkan lagi suasana seperti berada di kota London :P
dan kalau nak tengok pemandangan yang cantik memukau,memang
wajib bergambar dekat Hanging Bridge tapi waktu macam ni pulak
 handphone aku dah habis bateri :(
ohh yaa masih segar dalam ingatan keadaan di Underwater World,
cantik.

menarik.

tertarik.

serius memang tertarik tengok ubur-ubur tu bergerak~
subhanallah cantiknya binatang ni.


okay,nak balik dahh..papai langkawi,ade masa aku datang lagi.
sebenarnya banyak lagi tempat yang aku pergi tapi tak sempat nak snap..

kepada sesiapa yang nak pergi bercuti atau berbulan madu kat Langkawi,
ni ade harga masuk yang aku rasa sesuai kot untuk anggarkan kos kewangan kat sana.
cable car : RM 15 for adult, RM 5 for child
underwater world : RM 25/28 for adult, RM 15/18 for child (not sure which one)
Kota Mahsuri : maybe RM 5 for adult,surely RM 2.50 for child
Go Kart : RM 35 for 10 minutes
Geopark : not sure
(the price is for malaysian only)

menikmati keindahan Pulau Langkawi sebelum pulang ke Kuala Perlis~


okay,see you next entry:)

March 10, 2011

D~U~I~T dah masyukkk !

saya mahu WANG BESAR ! saya mahu WANG BESAR !
wang besar,wang besar,wang besar..
saya mahu yang besarrrr puNYAAAAAAAAA~
yang kecik-kecik tak main la.


wahahah,cam tak betol je*
dah sah ! aku ni memang mata duitan $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
(duit,duit,duit)
eh tidak ! bukan ! mana ada ??!!
orang yang masuk Roda Impian yang mata duitan,aku ulang ayat dia je (,")
ohoho,tadi aku dah berjaya menjual beberapa helai tshirt best-best dengan harga
yang amat berpatutan iaitu RM 30 dan RM 40 sajo! memang berbaloi-baloi~
aku jual tshirt muslimah labuh yang sememangnya menepati hukum syarak..ehehe.

tapi kalau cakap pasal tshirt labuh mesti korang akan pandang remeh je kan,
selalu kalau dulu tshirt labuh mesti ade gambar bunga-bunga kat tepi tu..
aku akui memang tak berapa minat sangat jenis yang cenggitu :P

sekarang tshirt labuh dah ade kemajuan sikit sebab dengan
tshirt labuh pon kita boleh gayakan dengan cardigan or belt.
tapi sekarang ramai dah pakai blouse dengan inner..


and the queen of drama goes to......
si pinky raby :)

aku pon tengah menjual kerongsang sekarang ni,
semuanya cantik-cantik belako,harga pon murah..confirm !
kalau korang nak beli atau tempah,jangan lupa contact aku hehehe :))))
dan sekarang ni dapat le income tambahan sikit-sikit,boleh shopping.
alhamdulillah masyukkkkkk.
yang penting rezeki tu datang dari ALLAH dan dari sumber yang halal.
oke,oke aku malas nak taip banyok-banyok.

see you next entry.salam.

March 5, 2011

aku sayang dia~

hello.hello.hello
assalamualaikum kengkawan :)
dah lama kan aku tak update blog ?
yes,i know that.
memang malas nak update blog dan takde idea nak taip ape.
tajuk entry aku kali ini aku sayang dia~
kalau nak tau lebih lanjut,bacalah sampai habis donggg :)
eh?eh?ada orang buat muka comel lahh.
aku perasan sekarang ni dah ramai orang buat blog.
jadi bertambah le blogger2 dalam alam fantasi ni.
kalau kat dalam sahabat blogger memang dah ramai yg join.

actually aku punya blog ni dah lama buat waktu aku form 4 lagi,
tapi aku tak pernah nak cara pasal blog aku ni..

bagi aku waktu tu,
"buang masa je buat blog,tumpu SPM lagi bagussSSS!"
kikiki,
itu waktu dulu ketika aku hidup berasrama dan masih sekolah,
tapi sekarang bila dah duduk rumah,blog adalah tempat aku mencurahkan
masa terluang aku yang tak berapa sibuk ni..

waktu ni lah aku dah menghargai blog aku yang telah wujud sekian lama.
rasa macam dah makin SAYANG kat blog aku yang kiut miut ni :DD
sebab blog ni adalah satu-satunya blog yg aku ada.
dan aku pon sayang jugak kat barang2 berharga aku,hukhuk.

agak-agak hand mirror ni dari mana ??
ZackZukhairi yg belikan ni,ngehngeh :P

yang ni olimpik beijing tahun 2008..
ini lah batu jed paling best kat dunia haha.

tapi dia tak keseorangan,
dia ada partner macam kita-kita jugak,comel kan ? :))

kalau korang nak tau di sebalik pengeposan entry ni,
sebenornye aku takdok kerja waktu nihh,punya la rajin
nak edit gambar pastu memikirkan aku tak update lagi blog kesayangan aku ni.
so,aku pon letak lah gambar-gambar ni..
aku tau korang sudi layan gambar yang mengarot ni huahuahh.
bak kata pepatah,

"terimalah daku seadanya......."

sesungguhnya aku sayang dia~
iaitu blog aku.

p/s : post ini hanya lah sekadar untuk mengupdate blog aku yang dah berhabuk-habuk lamanya.

oke,see you next entry:)